web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fahmi Bertemu Air Selangor Cari Penyelesaian Isu Bekalan Air Apartmen Putra Ria

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 9:00AM

Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata isu berkenaan berpunca daripada tunggakan bil Air Selangor berjumlah lebih kurang RM170,000 yang tidak dilunaskan sehingga kini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan mengadakan pertemuan dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan pengurusan Apartmen Putra Ria hari ini, bagi mencari penyelesaian terbaik susulan bekalan air di apartmen berkenaan dihentikan.

Menerusi hantaran di laman Facebook malam ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata isu berkenaan berpunca daripada tunggakan bil Air Selangor berjumlah lebih kurang RM170,000 yang tidak dilunaskan sehingga kini.

“Berdasarkan rekod pengurusan, difahamkan 358 unit (54.2 peratus) berhutang bayaran penyenggaraan sebanyak RM2.47 juta (purata RM6,899).

“Isunya terlalu ramai yang tidak membayar bil penyenggaraan bulanan, walaupun peringatan telah dibuat oleh pengurusan,” katanya, yang turut akan mengadakan pertemuan dengan persatuan penduduk apartmen berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata Air Selangor bersetuju untuk membuka semula buat sementara bekalan air ke apartmen berkenaan, malam ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad