Berita Terkini

26 minit yang lalu: Perumahan bermasalah beri kesan tidak langsung kepada 125,000 isi rumah- Akmal Nasrullah 1 jam yang lalu: Lawatan negara Presiden Singapura Halimah Yacob ke Malaysia bukti hubungan kukuh, persaudaraan erat kedua-dua negara dan rakyat - Agong 2 jam yang lalu: Polis sedang siasat video tular dua lelaki hina Nabi - Saifuddin 3 jam yang lalu: Kelantan beri bantuan Hari Raya RM700 kepada penjawat awam negeri - Menteri Besar 3 jam yang lalu: Cadangan cagaran KWSP bagi pembiayaan kewangan bank tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP - PM Anwar

IKUTI KAMI


Pendakwaan Terhadap Saya Bermotif Politik Dendam - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 9:08PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pendakwaan terhadap beliau adalah bermotifkan politik dendam.

Syed Saddiq, 30, berkata keterangan yang memihak kepada beliau disembunyikan oleh pendakwaan dan rakan-rakannya turut diugut supaya memberi kenyataan yang diinginkan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Hal berkaitan ugutan itu terhenti apabila seorang daripada rakan saya, Siti Nurul Hidayah, membuat kenyataan media menyatakan beliau diugut dan dikasari pegawai SPRM semasa proses soal siasat serta rakan lain yang terlibat dalam siasatan itu turut memfailkan laporan polis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada prosiding membela diri bagi empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) itu berkata beliau menulis surat kepada Tan Sri Abu Kassim, yang merupakan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional ketika itu, bertarikh 5 Jun 2020 mengenai ugutan dan kekasaran terhadap rakan-rakannya.

“Saya juga ada membuat aduan secara bersemuka dengan pihak polis. Saya dimaklumkan bahawa pihak berkuasa akan meneliti dan menyiasat perkara ini tetapi tiada sebarang perkembangan selepas pertemuan tersebut,” katanya.

Peguam Haijan Omar, yang mewakili Syed Saddiq, turut merujuk anak guamnya itu dengan transkrip rakaman audio yang didakwa mengandungi perbualan antara beliau dengan seorang pegawai kanan SPRM dikenali sebagai Ihsan.

Dalam transkrip itu, Ihsan dikatakan cuba memujuk Syed Saddiq supaya menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana bekas Perdana Menteri tersebut yang membawa beliau memasuki Bersatu masih mengambil berat terhadapnya.

Rakaman  itu turut menyaksikan Ihsan memaklumkan Syed Saddiq bahawa SPRM menjadi ‘alat' apabila berlaku pertukaran kerajaan.

Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, sama ada Syed Saddiq boleh memastikan suara dalam audio itu adalah Ihsan, tertuduh berkata beliau boleh berbuat demikian.

Syed Saddiq juga berkata kutipan dana berjumlah RM120,000 yang dimasukkan ke akaun Maybank bekas Menteri Belia dan Sukan itu adalah milik beliau dan bukan untuk ARMADA atau BERSATU.

Beliau berkata dana yang diperoleh daripada Majlis Makan Amal Muo di Muar dan Fund-raising Battle for Johor di Ampang, Selangor pada 7 April dan 8 April 2018 adalah bagi menampung perbelanjaan kempen sebagai calon Ahli Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan beliau tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada ARMADA atau BERSATU untuk penganjuran kedua-dua majlis.

Menurut Syed Saddiq, sepanjang tempoh berkempen bagi PRU-14, beliau membelanjakan RM171,675 dengan RM120,000 daripada jumlah itu diambil kira sebagai wang diperoleh daripada majlis meraih dana tersebut.

“Oleh itu, wang RM120,000 dalam akaun Maybank saya menjadi duit peribadi saya sendiri kerana wang daripada program majlis meraih dana tersebut telah saya gantikan dengan dana simpanan saya yang telah dibelanjakan untuk kempen peribadi saya semasa PRU-14,” katanya.

Anak kelahiran Johor Bahru itu didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim, yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Presiden MUDA itu juga didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.

Dia juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Larangan Dipertikai, Adakah Melawat Akan Kurangkan Iman Kita? - Syed Saddiq

2

Semasa 5 hari yang lalu

Peja, Sarina Puji Usaha KBS Lancar Kod Sukan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Sultan Selangor Ulangi Amaran Tak Benar Wakil Rakyat Politikkan Masjid, Surau

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRU-15 Kemenangan Tertangguh, PRU-16 Milik Kita: Muhyiddin

Sorotan

1

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

3

Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Guan Eng Tidak Pernah Batalkan Pengecualian Cukai Yayasan Albukhary – Anwar

Semasa 1 jam yang lalu

Kes Siti Nuramira: Mahkamah Tangguh Bicara Selepas Tertuduh Dimasukkan Ke Hospital

oleh Adam Ayzzat

Semasa 7 jam yang lalu

KKD Sokong Usaha Bawa Masuk Peralatan Studio Produksi Maya

Sukan 17 jam yang lalu

Ada Sesiapa Nak Main Untuk Pasukan Wanita JDT? – TMJ

oleh Susan Albert