web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


HIMPIT 2023 Manifestasi Semangat Sayang Kepada Perjuangan Rasulullah SAW - PAS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 7:00PM

Perarakkan HIMPIT yang diadakan di Setiu, Terengganu pada Jumaat lalu. - Gambar ihsan PAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS menegaskan program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2023 yang berlangsung di Setiu, Terengganu pada Jumaat lalu adalah manifestasi semangat sayang kepada perjuangan Rasulullah SAW dan cinta kepada Islam.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin berkata, justeru kostum yang digayakan ahli pemuda parti pada perarakan bersama replika senjata itu adalah pakaian yang menjelmakan watak pejuang Islam ketika zaman sahabat Rasulullah SAW.

“Apakah cinta kepada Islam agama sejahtera itu sudah salah di zaman pemerintahan Malaysia Madani?

“Kami melihat isu ini sengaja dilemparkan kepada PAS dalam usaha memburuk-burukkan imej parti ini, selain membawa lagi satu dogma Islamofobia dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Khairil Nizam yang juga Ahli Parlimen Jerantut turut berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa yang mengesahkan gambar yang tular di media sosial baru-baru ini.

Katanya, PDRM mengesahkan perarakan tersebut adalah satu daripada acara dipertandingkan pada program berkenaan iaitu reka cipta bertemakan pakaian, senjata replika dan warisan Islam.

“Kenyataan ini menjawab tohmahan jahat yang dilemparkan oleh seorang pemimpin muda sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) di Kelantan.

“Dia mengaitkan ‘cosplay’ HIMPIT di Terengganu sebagai unsur yang boleh disiasat di bawah Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).  Ada juga yang mencadangkan ia dilihat dalam aspek ‘anti keganasan’,” katanya.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan turut mengecam umat Islam yang ‘paranoid’ dengan tindakan sekumpulan ahli pemudanya berarak membawa replika pedang, lembing dan perisai pada program terbabit.

Beliau membandingkan perarakan Pemuda PAS Terengganu dalam program HIMPIT memperagakan pakaian ala tentera Islam zaman silam dengan perarakan lain yang diadakan di negara ini termasuk perarakan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan.

Katanya, terdapat juga pertunjukan adu senjata menggunakan tombak, lembing, pedang dalam opera dan upacara budaya serta agama kaum tertentu dalam negara.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyifatkan penganjuran perarakan tersebut sebagai tidak wajar dan mengundang keresahan awam.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memandang serius acara tersebut yang tular di media sosial ini sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Menurut beliau, sebarang perbuatan mempamerkan dan meluahkan semangat dengan diselangi simbol berupa senjata atau ketenteraan amatlah tidak wajar.

Terdahulu, PAS menganjurkan satu HIMPIT 2023 yang gambarnya tular apabila sekumpulan pemuda berarak dengan replika pedang, lembing dan perisai.

Program HIMPIT adalah sebuah acara tahunan yang diadakan di Setiu, Terengganu pada Jumaat lalu dengan menghimpunkan seluruh jentera Pemuda PAS Terengganu. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi