web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan Laporan Pandora Diteruskan Dengan Cukup Rapi, Tiada Sikap Sambil Lewa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 12:55PM

Anwar Ibrahim menegaskan, negara tidak mampu lagi mengizinkan perbuatan berkaitan Laporan Pandora berterusan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan badan penyiasatan merangkumi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) untuk meneruskan siasatan rapi ke atas Laporan Pandora yang pertama kali dibangkitkan pada 2017.

Bercakap pada sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) pagi ini, Anwar turut memberi jaminan secara jelas bahawa semua badan tersebut akan menggalas komitmen menyiasat perkara berkenaan tanpa bersikap sambil lewa.

Tegas beliau, negara tidak mampu lagi mengizinkan perbuatan berkaitan Laporan Pandora berterusan.

"Tetapi dalam Laporan Pandora ini, saya katakan ia memerlukan tekad politik. Apa yang berlaku adalah ia satu 'senjata kompleks' yang canggih sekali menggunakan trust (dana), syarikat kosong (shell companies) dari Singapura ke Bahamas, ke Cayman dan tujuan kebanyakannya adalah untuk mengelak bayaran cukai.

"Ada kegiatan-kegiatan sahih, sebab itu saya kata siasatan itu perlu, ada orang peniaga dari luar negara, ada operasi di London maka dia keluarkan dan simpan di Cayman Islands, sebab itu saya minta pihak siasatan kaji sumber.

"Apa yang jadi masalahnya ialah, seseorang yang menyimpan akaun di Cayman Islands, setengah bilion dolar Amerika, soalan pertama, mengapa tidak mampu kita kesan dari BNM, apakah mereka sudah bayar cukai dari LHDN? Apakah mereka telah lakukan apa-apa jenayah? Penyeludupan atau kes dadah?" soalnya.

Beliau menjawab soalan diajukan Datuk Seri Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) berhubung pendirian kerajaan dalam isu Laporan Pandora dan sejauh mana siasatan susulan dilaksanakan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut menyeru semua 222 Ahli Parlimen bersikap tegas dalam isu berkaitan Laporan Pandora berkenaan dan tidak melindungi mana-mana pihak sekiranya terdapat siasatan dijalankan.

Anwar menegaskan, sekiranya terdapat bukti dan fakta berkaitan penglibatan mana-mana pihak dalam isu tersebut, maka tindakan akan diambil.

"Kalau tindakan diambil tanpa fakta, maka itu boleh cabar sebagai penyalahgunaan kuasa atau dikatakan bermotif politik. Tetapi kalau wang ratus bilion, juta ringgit dikeluarkan dan boleh dibiar dan dilindungi kerana dia menyokong kita, itu memang membawa porak peranda dan malapetaka kepada negara.

"Sebab itu, tindakan diambil oleh semua badan ini termasuk dengan mengambil kira beberapa langkah yang lebih canggih dilakukan umpamanya melalui 'bitcoin' untuk mengelakkan daripada transaksi wang tunai dan juga beberapa langkah lain mata wang digital yang memerlukan kecanggihan daripada pihak PDRM, BNM umpamanya (untuk) mempertingkatkan usaha dan program keselamatan siber.

"Nama-mana yang disebut dalam Pandora Papers itu mencecah 3,000 orang. Ada yang sahih, ada yang berniaga, tetapi kita tumpu kepada tokoh-tokoh politik besar seperti saya sebut, mantan Perdana Menteri, Menteri Kewangan yang sebenarnya dipercayai menyalahguna kuasa mereka memunggah kekayaan semasa mereka mempunyai kuasa," katanya.

Anwar turut menambah, tidak banyak negara yang mempunyai tekad politik untuk mengarahkan tindakan dan siasatan yang rapi dalam isu Laporan Pandora.

"Alhamdulillah, Malaysia ialah di antara negara yang telah memberi pengarahan cukup jelas supaya mengambil tindakan memberhentikan amalan budaya memunggah dan merompak wang negara," katanya.

Anwar menyebut, daripada kesemua 3,000 nama disebut dalam Laporan Pandora, siasatan dijalankan mengikut keutamaan penyelarasan badan penguatkuasaan terbabit.

"Itu akan dibuat, tidak terkecuali sama ada dana dari luar negara atau dalam negara, semua yang syurga cukai (tax heaven), yang lari dari cukai yang melanggar undang-undang itu sedang disiasat dan beberapa tindakan sudah diambil. 

"Sebelum pendakwaan dibuat saya tidak boleh beri penjelasan lebih daripada itu tetapi saya beri jaminan kepada Yang Berhormat bahawa daripada sudut badan-badan telah melapor kepada saya, bahawa arahan daripada saya itu jelas. Jangan ambil sambil lewa tindakan ini dan biarlah sebagai pengajaran dan negara tidak mampu lagi mengizin hal ini daripada diteruskan," katanya. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 59 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar