web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menteri Agama Tegur Perarakan Guna Simbol Islam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 9:11PM

Dr Mohd Na’im Mokhtar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegur penganjuran sebuah program yang berarak menggunakan simbol keagamaan Islam kerana ia menimbulkan pelbagai persepsi dan kegelisahan masyarakat.

Beliau berpandangan, tindakan berarak dengan kaedah sedemikian adalah tidak wajar dan boleh memberikan gambaran kurang baik kepada agama Islam dan negara.

“Adalah lebih baik penganjur menonjolkan nilai-nilai Islam yang bersifat damai, mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan.

“Semua pihak adalah bertanggungjawab untuk menyeru kepada keamanan dan keharmonian dalam masyarakat. 

“Apa-apa tindakan yang boleh mengundang kegelisahan awam perlulah dielakkan sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh demikian, beliau berkata, perkara tersebut perlu disiasat oleh pihak berkuasa.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berpandangan perkara ini perlulah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan serta apa-apa tindakan yang berkaitan, sekiranya penganjur telah menyalahi peraturan keselamatan negara,” katanya.

Walaupun tidak menamakan perhimpunan tersebut, namun kenyataan berkenaan dipercayai merujuk program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT 2023) yang gambarnya tular apabila sekumpulan pemuda berarak dengan replika pedang, lembing dan perisai.

Program HIMPIT adalah acara tahunan yang diadakan di Setiu Terengganu pada Jumaat lalu dengan menghimpunkan seluruh jentera Pemuda PAS Terengganu. - Getaran, 19 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek