web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mudah Terpengaruh Dakyah Palsu Punca Rakyat Tak Ambil Dos Penggalak - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan sebahagian negara asing menghentikan pemberian dos penggalak kepada individu sihat di bawah usia 50 tahun berkemungkinan menjadi punca ramai penduduk di Malaysia tidak mengambil suntikan berkenaan.

Pakar Perubatan Keluarga Universiti Malaya (UM), Dr Megat Mohamad Amirul Amzar Megat Hashim berkata, sikap rakyat yang mudah terpengaruh dengan pelbagai dakyah pihak tidak bertanggungjawab antara punca pengambilan dos penggalak COVID-19 di negara ini masih rendah.

“Britain ada membuat keputusan menghentikan pemberian booster kedua kepada individu sihat di bawah 50 tahun tetapi anti vaksin seluruh dunia termasuk Malaysia memanipulasi fakta mendakwa kerajaan negara itu mengharamkan suntikan tersebut.

“Ia adalah antara contoh berita palsu yang tidak boleh dipercayai kerana Britain tidak pernah menghentikan pengambilan dos penggalak,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas pengambilan dos penggalak yang masih rendah dalam kalangan rakyat negara ini.

Membidas dakwaan tidak berasas tersebut, Dr Mohamad Amirul menegaskan, pemberian dos penggalak di Britain dihentikan berikutan negara berkenaan sudah menepati sasaran 70 peratus rakyat yang telah menerima suntikan berkenaan.

Senario itu katanya, jauh berbeza dengan Malaysia yang sehingga kini masih gagal mencapai tahap 50 peratus.

“Britain mempunyai saringan kesihatan yang lebih baik berbanding kita. Rakyatnya juga mempunyai kesedaran kesihatan yang lebih bagus.

“Malangnya rakyat Malaysia ramai menghidap silent disease seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, malah di ramai tidak sedar akan penyakit mereka, atau mengetahuinya tapi tak mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui, ketidakselesaan dialami selepas pengambilan dos vaksin sebelum ini juga mungkin antara punca ramai yang bersikap berhati-hati sebelum membuat keputusan mendapatkan dos penggalak.

Dr Mohamad Amirul yang juga Exco Perancangan Strategik Kempen Vaksinasi Medical Mythbuster Malaysia berkata, statistik menunjukkan vaksin dan dos penggalak adalah selamat walaupun mempunyai sedikit kesan sampingan.

“Untuk satu juta suntikan, 13,000 laporan diterima melalui MySejahtera, 370 laporan melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) tetapi, 93 peratus dari kesan sampingan ini ringan, iaitu demam, sakit di tempat cucuk, ruam, sakit sendi dan sebagainya. Semua hilang sendiri lepas beberapa hari.

“Tujuh peratus lagi pula kes kesan mudarat berikutan imunisasi (AEFI) serius yang memerlukan kemasukan ke hospital atau pemantauan.

“Paling banyak, sesak nafas dan jantung laju namun dilaporkan ada yang sudah pulih sepenuhnya dan sedang dirawat serta tidak melibatkan kematian,” katanya.

Tambahnya, walaupun negara merekodkan 612 jumlah kematian selepas divaksin namun hasil siasatan mendapati kesemua kes tidak berpunca daripada pengambilan bahan perlindungan diri itu.

“Sahabat saya ramai dah empat dos, belum (ada saya) dengar yang jadi penghuni wad jangka masa panjang atau kena serangan jantung.

“Kita manusia bijaksana, seharusnya kita perlu dengar dan berpandukan sumber berasaskan bukti, bukannya khabar angin yang entah sahih atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Pakar Perubatan Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Dr Sakinah Sulong berkata, masyarakat seharusnya tidak berasa ragu untuk mengambil dos penggalak kedua bagi melindungi diri mereka daripada bahaya jangkitan COVID-19.

Jelasnya, pengambilan dos penggalak merupakan antara instrumen yang berkesan bagi mencegah penularan wabak itu terutama terhadap golongan yang berisiko.

Menurut beliau, dos penggalak masih mempunyai peranan sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi diri walaupun ia tidak dapat mengelak jangkitan sebaik dahulu.

“Walau bagaimanapun, kita tidak boleh katakan ia tidak akan mengalami kesan teruk 100 peratus berikutan ia bergantung kepada sistem imun individu terbabit.

“Sejujurnya saya mengharapkan kita takkan kembali ke zaman pandemik COVID-19.

“Kita tidak mahu lagi pegawai perubatan atau doktor menempuh semula azab dalam memberikan rawatan kepada pesakit kerana ia sememangnya situasi yang amat memenatkan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kluster Infektomik, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Kumitaa Theva Das pula berkata, mesej perlu disampaikan dalam cara mudah difahami iaitu dos penggalak harus diambil untuk terus selamat.

“Orang ramai perlu memahami virus COVID-19 terus bermutasi, maka selari perkembangan sains dan perubatan, kita perlu sentiasa mengambil tindakan terkini bagi memastikan diri dilindungi.

“Pada awal pandemik, virus ini sukar tersebar dan kurang agresif. Apabila pakar membuat kajian keberkesanan vaksin terhadap varian terutama Omicron, mereka mendapati dua dos utama tidak lagi memberi perlindungan tahap 95 peratus, malah berkurangan.

“Perlindungan menyusut selepas beberapa bulan, maka pengambilan dos penggalak bertujuan meningkatkan semula perisai itu,” katanya. - Getaran, 19 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Pemerintah Yang Sah - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

oleh Sophia Ahmad