web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ops Syria, Kerajaan Hantar 2 Pesawat Tentera - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 12:46PM

Anwar Ibrahim - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menghantar dua pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Syria bagi melaksanakan misi bantuan, susulan gempa bumi di Gaziantep, Turkiye.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pesawat terbabit akan berlepas pada jam 10 malam, Sabtu ini.

Menurut beliau, penerbangan tersebut dijangka tiba di Damsyik pada jam 10 pagi (waktu tempatan) keesokan hari.

“Kerajaan juga telah menghantar pasukan peninjau diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar untuk Ops Syria ini.

“Delegasi itu disertai 21 individu mewakili pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan,” katanya ketika memberikan penerangan kepada Jemaah Menteri berhubung lawatan ke Turkiye di Dewan Rakyat, selaras Peraturan 14 (1)(I).

Perdana Menteri berkata, beliau amat berbangga dengan kecekapan serta tahap profesionalisme pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang menunjukkan pengorbanan dan keupayaan luar biasa.

Katanya, perkara itu disahkan menerusi maklum balas daripada kepimpinan Turkiye dan pemerhatian beliau sendiri semasa lawatan berkenaan.

“Secara peribadi, saya menganggap seluruh mereka yang terlibat dalam misi khas mencari dan menyelamat ini sebagai mereka yang amat cekal dan berani.

“Kecekalan mereka untuk berkhidmat di kawasan pusat-gempa (epicentre); berhadapan dengan cuaca yang ekstrem dan situasi yang amat berbahaya kerana struktur bangunan yang tidak stabil berikutan gempa susulan yang masih berlaku merupakan pengorbanan yang luar biasa,” katanya.

Beliau memberitahu, kekuatan Team Malaysia yang berada di Ground Zero di bawah SMART adalah seramai 140 anggota manakala yang berada di Hospital Medan di Adiyaman adalah seramai 110 anggota.

“Untuk makluman, jumlah korban terkini setakat 16 Februari adalah sebanyak 41,232. Ini melibatkan jumlah korban di Turkiye seramai 35,418 dan di Syria seramai 5,814.

“Saya telah bertemu dengan pasukan SAR Malaysia pada 15 Februari 2023 di Nurdagi, Gaziantep, antara kawasan yang paling terjejas teruk akibat kejadian gempa bumi di Turkiye baru-baru ini,” katanya.

Jelas Perdana Menteri, pasukan SAR Malaysia terdiri daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kor Kesihatan DiRaja Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Antara NGO yang terlibat di bawah misi ini ialah MERCY Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,” katanya.

Anwar berkata, beliau juga mengadakan pertemuan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi menzahirkan solidariti dan semangat persaudaraan rakyat Malaysia kepada rakyat Turkiye berikutan bencana yang melanda negara itu. 

“Berdasarkan kepada solidariti dan keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu mereka yang terjejas di Turkiye, pihak kerajaan ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada semua pihak termasuk agensi berkaitan seperti Kementerian Luar, NADMA, JBPM, ATM, Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), APM, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan agensi lain yang terlibat. 

“Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ingin saya sampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia, sektor swasta, NGO, individu dan semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam apa jua bentuk sekalipun.

“Sewaktu pertemuan bersama Presiden Turkiye, saya turut menyampaikan rasa simpati, empati dan ihsan warga Dewan yang mulia ini akan bencana yang berlaku di negara mereka,” katanya. - Getaran, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad