web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lawatan Anwar Cerminkan Solidariti Kepada Mangsa, Suntik Motivasi Pasukan Penyelamat Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 9:53PM

Emir Salim Yuksel merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Anwar serta rakyat Malaysia atas solidariti dan altruisme terhadap mangsa gempa bumi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkiye bukan sahaja mencerminkan solidariti bersama rakyat Turkiye yang terjejas akibat gempa bumi, tetapi juga untuk menyatakan sokongan ikhlasnya dan menyuntik motivasi kepada anggota pasukan penyelamat Malaysia yang bertugas di kawasan bencana.

Duta Besar Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Anwar serta rakyat Malaysia atas solidariti dan altruisme terhadap mangsa gempa bumi.

Beliau berkata lawatan itu jelas menunjukkan perdana menteri Malaysia memahami masalah yang dihadapi rakyat Turkiye ketika ini.

“Kerajaan Turkiye-Malaysia menjalin hubungan rapat dan Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Malaysia (Anwar) adalah kawan rapat presiden kami (Recep Tayyip Erdogan).
“Beliau (Anwar) memutuskan untuk melihat sendiri Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) bertugas di lokasi bencana. Jadi ia (bersolidariti) dengan kami dan pasukan Malaysia...ia adalah satu inisiatif yang baik,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program 'The Brief' Bernama TV bertajuk ‘Turkiye Quake and Global Relief Efforts’ di Wisma Bernama di sini.

Anwar berlepas ke Turkiye malam tadi untuk memberi sokongan moral kepada Erdogan dan rakyatnya yang terjejas akibat bencana alam pada 6 Februari lalu hingga meragut puluhan ribu nyawa.

Beliau berlepas ke Ankara dengan menaiki pesawat khas kira-kira 11.15 malam dari KLIA.

Perdana Menteri Malaysia memutuskan untuk membuat lawatan berkenaan atas permintaan Erdogan.
Malaysia telah menghantar dua pasukan SMART termasuk dua anjing pengesan (K9) serta membantu mewujudkan hospital lapangan yang dikendalikan oleh angkatan tentera bagi menyediakan perkhidmatan perubatan.

Anwar sebelum ini mengumumkan bahawa Malaysia akan menyalurkan bantuan kemanusiaan berjumlah RM20 juta kepada Turkiye dan Syria yang turut terjejas akibat gempa bumi itu.

Jumlah kematian akibat bencana yang dahsyat itu kini melebihi 35,000 nyawa.

Mengenai peranan Malaysia dalam membantu membina dan membangunkan semula wilayah yang terjejas akibat gempa bumi, Yuksel berkata pelan pembinaan semula perlu dirangka oleh kerajaan Turkiye kerana ia melibatkan kawasan yang luas.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima, sebuah syarikat pembinaan di Turkiye dijangka menyiapkan pembinaan semula bangunan yang runtuh dalam tempoh setahun.

Hospital lapangan yang dibina Malaysia mungkin dikekalkan untuk tempoh beberapa tahun, katanya.

Sementara itu, rakyat Malaysia yang ingin menderma bagi menyokong operasi mencari dan menyelamat di Turkiye boleh berbuat demikian menerusi akaun rasmi kedutaan Turkiye di:

Bank CIMB

No akaun: 8008447369,

Nama Akaun: Kedutaan Republik Turkiye. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar