web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mogok Tak Selesaikan Masalah, Cara Terbaik Kita Bersemuka - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 10:00PM

Dr Zaliha menjemput golongan itu untuk bersemuka dengannya bagi menyelesaikan masalah dihadapi mereka. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menasihati pekerja kesihatan yang dikatakan mahu mengadakan mogok berikutan kecewa dan tertekan dengan sistem penjagaan kesihatan di negara ini supaya berfikiran lebih matang dalam menangani masalah itu.

Malah beliau turut menjemput golongan itu untuk bersemuka dengannya bagi menyelesaikan masalah dihadapi mereka. 

Menurutnya, mogok seumpama itu tidak akan menyelesaikan masalah. 

“(Cara) Yang terbaiknya (adalah) kita bersemuka  dan semua boleh datang kepada saya. Saya sebenarnya faham… sangat faham tentang masalah itu. 

“Latar belakang saya sebagai seorang doktor, ini menyebabkan saya memang faham perkara itu dan saya bertekad sebenarnya untuk menyelesaikan masalah ini. 

“Kalau boleh hari ini, hari ini juga saya selesaikan. Tetapi kena faham bahawa kita memerlukan masa untuk saya memahaminya lebih mendalam dan sebaik-baiknya supaya penyelesaian terbaik dapat kita laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi klip video dimuat naik di laman TikTok miliknya, hari ini.

Terdahulu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan untuk mengambil serius khabar angin pekerja penjagaan kesihatan akan mengadakan mogok berikutan kecewa dan tertekan dengan sistem penjagaan kesihatan di negara ini.

Walaupun MMA tidak membenarkan sebarang mogok, Presiden MMA, Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, pihaknya memahami kekecewaan dan keletihan dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan berhubung isu yang tidak dapat diselesaikan bertahun-tahun lamanya.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, pekerja terbabit boleh datang untuk bersemuka dengan beliau atau berhubung dengan pegawainya. 

“Insya-Allah kita bersemuka dan akhirnya kita sama-sama dapat menyelesaikan masalah ini dan semua sebenarnya akan mendapat kebaikan daripada perkara ini,” katanya. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Diberi 4 Bulan Laksana Pemutihan Peniaga Tanpa Lesen - Dr Zaliha

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kakitangan 5 Lapangan Terbang Di Jerman Mogok, Ribuan Penumpang Bakal Terjejas

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad