web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Halang Konsert Artis Luar Di Malaysia Kerana… - Fahmi Fadzil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menghalang artis luar negara mengadakan persembahan, termasuk konsert di Malaysia, selagi mereka menghormati sensitiviti masyarakat di negara ini, seperti nilai moral, adat ketimuran dan kepentingan awam.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ia memandangkan kerajaan berpandangan bahawa kemasukan artis luar negara membantu mengembangkan industri kreatif Malaysia.

Katanya, kemasukan mereka juga dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“(Malah) Dalam mempertimbangkan satu-satu permohonan bagi penganjuran acara konsert bagi artis dari luar negara, Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) dan jawatankuasa di bawahnya, iaitu JK-PUSPAL amat menitikberatkan elemen berkait dengan sensitiviti masyarakat di Malaysia.

“Ia juga amat menitikberatkan aspek nilai moral dan adat ketimuran, keselamatan negara serta perkara berkaitan sebelum jawatankuasa yang terbabit mempertimbangkannya berdasarkan keperluan setiap satu permohonan dikemukakan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan dikemukakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang memintanya menyatakan pendirian kerajaan berhubung penganjuran konsert artis luar negara pada sesi pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-15 Tahun 2023 di Dewan Rakyat.

Menjawab soalan susulan Ahmad Fadhli adakah kerajaan berhasrat mewujudkan garis panduan tertentu, supaya persembahan di negara ini selari norma hidup rakyat Malaysia, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan, syarat berhubung perkara itu sudah ditetapkan dan wajib dipatuhi penganjur.

Jelasnya, sebarang ketidakpatuhan atau pelanggaran syarat semasa acara berlangsung, boleh dikenakan tindakan pentadbiran seperti dinyatakan di dalam Garis Panduan PUSPAL (GPP).

“Aspek norma kehidupan dan nilai moral rakyat Malaysia juga diambil kira dalam penilaian, di mana PUSPAL turut merujuk kepada dokumen Dasar Kebudayaan Malaysia (DaKEN) 2021 dikeluarkan Kementerian Pelancongan, Budaya dan Seni (MOTAC) yang juga antara ahli tetap di dalam JK-PUSPAL,” katanya.

Fahmi berkata, di bawah DaKEN, tiga perkara yang menjadi elemen turut diguna pakai PUSPAL, ditekankan sebagai panduan untuk penilaian.

Perkara itu, katanya, mengukuhkan perpaduan kaum melalui kebudayaan kebangsaan; memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan, selain memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan sosioekonomi.

Ujarnya, setiap permohonan acara konsert diterima juga akan dibuat semakan meliputi rekod jenayah individu oleh pihak Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM), rekod imej buruk (isu kontroversi) yang boleh menimbulkan keresahan orang awam dan melihat semula penganjuran konsert terdahulu.

Permohonan itu juga, katanya, dibuat semakan untuk mendapatkan bilangan pengikut di media sosial (bagi menilai implikasi), memastikan fahaman artis tidak bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat di Malaysia serta amalan gaya hidup artis berkenaan termasuk aspek pemakaian hariannya.

Menurutnya, dengan penubuhan PUSPAL oleh Kabinet pada tahun 2001, satu garis panduan dikenali Garis Panduan PUSPAL (GPP) dikuatkuasakan.

“Sehingga kini GPP dipinda dan dicetak sebanyak lima kali. GPP edisi cetakan ke-5 dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2023. GPP berkenaan boleh diakses melalui laman web [email protected].

“GPP sedang berkuat kuasa ini dipinda berdasarkan beberapa siri perbincangan bersama pihak industri dan agensi kerajaan berkaitan,” katanya. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam