web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Sekarang Seluruh Dunia Boleh Nampak…’, Rafizi Sekolahkan Hamzah Mengenai Pertumbuhan Ekonomi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 3:03PM

Terdahulu, Rafizi Ramli menjelaskan keputusan di sebalik penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang disasarkan untuk membantu kerajaan dalam merancang, melaksana dan memantau ekonomi - Gambar oleh Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ‘menyekolahkan’ Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Dewan Rakyat mengenai pertumbuhan ekonomi dengan mendakwa Ketua Pembangkang itu kurang pengetahuan mengenai perkara berkenaan.

Ia selepas Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu, mempersoalkan ketepatan angka diberikan Rafizi.

“Saya bersyukur kerana kini seluruh negara dan dunia dapat melihat pemimpin pembangkang tidak memahami konsep pertumbuhan ekonomi,” katanya sambil mengundang ketawa di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Rafizi menjelaskan keputusan di sebalik penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang disasarkan untuk membantu kerajaan dalam merancang, melaksana dan memantau ekonomi.

Bagi memenuhi sasaran itu, beliau berkata, majlis berkenaan akan bertindak sebagai penasihat ekonomi utama kerajaan, memberi tumpuan kepada penyelarasan keputusan di pelbagai kementerian dan agensi untuk menyelesaikan isu struktur ekonomi.

Rafizi kemudian menyatakan bahawa Malaysia sudah mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.7 peratus pada 2022, berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata, walaupun angka itu kelihatan memberangsangkan, pertumbuhan suku ke suku dicatatkan sepanjang tahun lalu, menunjukkan penurunan yang stabil, iaitu daripada 3.8 peratus kepada 3.5 peratus pada suku pertama, manakala masing-masing 1.9 peratus dan -2.4 peratus pada suku berikutnya.

Dalam soalan tambahannya, Hamzah berkata, Rafizi mungkin keliru dengan nombor diberikannya.

“Apabila anda menyebut pertumbuhan ekonomi 8.7 peratus untuk 2022, bagaimana angka itu boleh turun setiap suku tahun kerana purata itu, terlalu rendah berbanding 8.7 peratus.

“Saya rasa ada ralat. Tak apa, boleh betulkan, sebab tak boleh macam tu,” kata Hamzah.

Pada ketika itu, Rafizi membidas Hamzah dengan mendakwa Hamzah tidak memahami perkara terbabit, sebelum terus ‘menyekolahkan’ pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkenaan.

“8.7 peratus ialah pertumbuhan tahunan yang membandingkan saiz ekonomi kita pada 2022 hingga 2021. Tetapi kita juga perlu melihat bagaimana ekonomi berkembang dari suku ke suku.

“Apa yang saya nyatakan sebelum ini ialah kadar pertumbuhan dari satu suku ke suku lain sepanjang 2022. Ini penting untuk kita memahami sama ada ekonomi bertambah baik atau merosot.

“Ini adalah angka diberikan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan. Bukan hak saya untuk membetulkan data, tetapi ketua pembangkang harus pulang dan membetulkan pemahaman anda mengenai pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Pada masa sama, Rafizi menjelaskan, pertumbuhan KDNK tahun lepas sebanyak 8.7 peratus, sebahagian besarnya disebabkan prestasi ekonomi lemah pada 2021, ketika negara dan ekonomi berada di bawah sekatan separa akibat pandemik COVID-19.

Mengenai keahlian EAC, Rafizi berkata, pelantikan itu akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama lagi. – The Vibes, 14 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 4 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar