web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Siasat Pembaca Berita Sebuah Stesen Televisyen

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 10:48AM

Polis buka kertas siasatan terhadap kes pembaca berita sebuah stesen televisyen yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap kes pembaca berita sebuah stesen televisyen yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata, kertas siasatan kes berkenaan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, sehingga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, tindakan pembaca berita itu menimbulkan fitnah dan kebencian masyarakat terhadap pihak penguat kuasa, terutama pasukan PDRM.

"Ini kerana tindakan yang dilakukan PDRM itu berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi tujuan mengekang pandemik COVID-19," katanya kepada BH di Bukit Aman, semalam.

Acryl Sani mengulas insiden seorang pembaca berita yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ketika membaca laporan berita. Hingga kini kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

Laporan berkenaan berhubung kejadian seorang peniaga burger di Kelantan dikenakan kompaun RM50,000 kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Selain Seksyen 504 Kanun Keseksaan, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian) yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan lain, Acryl berharap segelintir pihak di negara ini untuk tidak menimbulkan isu fitnah dan kebencian terhadap pihak berkuasa, khususnya melalui media sosial.

Tindakan sedemikian sebenarnya akan menyebabkan keharmonian antara agensi penguat kuasa, terutama pasukan polis dan masyarakat terhakis.

Katanya, masyarakat diminta untuk menghayati kembali prinsip Rukun Negara yang kelima, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang dipelajari sejak dari bangku persekolahan.

"Kita berharap supaya masyarakat di luar sana untuk tidak menyebarkan sebarang kenyataan yang tidak berasas di media sosial sehingga boleh menghakis keharmonian di antara masyarakat dan agensi penguat kuasa.

"Saranan saya, sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan apa juga tindakan yang diambil oleh agensi penguat kuasa, sila majukan sebarang permasalahan yang dihadapi menggunakan saluran yang betul," katanya.

Polis dan masyarakat saling memerlukan dan budaya menularkan perkara-perkara yang tidak berasas berhubung ketidakpuashatian terhadap agensi penguat kuasa, semakin hari semakin membimbangkan.

"Saya perhatikan perkara ini seolah-olah menjadi satu 'trending' dan sekiranya tidak diatasi, kita bimbang ia akan menghakis kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada pihak polis.

"Justeru saya minta kepada semua pihak untuk menggunakan saluran yang betul dan tidak cuba menyebarkan sesuatu perkara tidak berasas atau yang belum diketahui lagi asas kebenaran dan kesahihan maklumatnya," katanya.

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad