web statsweb stats

Berita Terkini

12 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Takkan Bersaing Cari Isteri Thailand, Saya Ada Azizah’ - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 6:58PM

PM Anwar sempat berseloroh mengenai keputusan segelintir rakyat Malaysia yang berkahwin dengan wanita warga Thailand, selepas menetap dan bekerja di negara berkenaan. - Gambar ihsan PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK – Ketika menyampaikan ucapan semasa pertemuannya dengan diaspora Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat berseloroh mengenai keputusan segelintir rakyat Malaysia yang berkahwin dengan wanita warga Thailand, selepas menetap dan bekerja di negara berkenaan.

Dalam gurauannya itu, Perdana Menteri berkata, beliau tidak ‘cemburu’ atau tidak akan bersaing dengan mereka kerana sudah mempunyai isteri disayanginya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Sudah tentu sebelum datang ke sini (Thailand), saya perlu mengenali semua personaliti, syarikat yang ada di Thailand. Ini (kejayaan mereka) di luar jangkaan saya kerana mereka memiliki rekod sempurna, mengagumkan dan melabur serta melakukan peranan dengan baik.

“Ada yang melakukannya dengan baik, mereka mendapat isteri warga Thailand. Ia tidak menjadi masalah, saya tidak akan bersaing dengan mereka kerana saya ada Azizah di sini,” selorohnya.

Pada masa sama, Anwar mengusik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; Nik Nazmi Nik Ahmad yang hadir bersama delegasi kerajaan Malaysia ke negeri berkenaan tanpa ditemani isteri.

“Isteri Zambry (Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) juga ada di sini.

“Tetapi Saifuddin (Nasution) dan Nik Nazmi datang sendiri,” kata Anwar.

Anwar tiba di Thailand untuk lawatan rasmi dua hari sehingga esok, bagi meningkatkan hubungan dua hala dan mengukuhkan kerjasama pelbagai aspek antara kedua-dua negara.

Pesawat khas yang membawa Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Terminal Udara Tentera 2 pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan).

Ketibaan beliau disambut Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Luar, Don Pramudwinai, mewakili kerajaan negara berkenaan.

Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.

Ia adalah lawatan rasmi sulung Anwar ke Thailand selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November tahun lalu.

Lawatan itu adalah atas jemputan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha.

Selain Zambry, Saifuddin dan Nik Nazmi, delegasi Malaysia dianggotai pegawai atasan kementerian serta agensi berkaitan.

Jadual padat menanti Perdana Menteri dalam rangka lawatan itu yang akan dimulakan dengan jamuan minum petang bersama diaspora Malaysia. – The Vibes, 9 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad