web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ramkarpal Akan Jumpa KPN Bincang Etika Pakaian Di Balai Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 11:00AM

Ramkarpal Singh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh akan bertemu Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani bagi membincangkan kod etika berpakaian orang awam ketika berurusan di balai polis.

Kebimbangannya timbul selepas media melaporkan seorang wanita yang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk membuat laporan mengenai insiden nahas jalan raya, tidak dibenarkan masuk kerana memakai pakaian didakwa tidak bersesuaian.

Ramkarpal berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada KPN kerana garis panduan semasa mengelirukan.

“Tidak membenarkan orang awam masuk kerana tafsiran berbeza tentang kod pakaian adalah salah dan mengelirukan. Perlu ada garis panduan dan kod (etika) yang seragam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina yang turut dihadiri Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yang juga Naib Presiden DAP.

Ramkarpal berkata, dalam kebanyakan kes, mereka yang ingin membuat laporan polis berada dalam situasi terdesak dan memerlukan perhatian segera daripada penguatkuasa undang-undang.

“Meminta mereka pulang dan berpakaian mengikut tafsiran tentang fesyen yang sesuai juga bercanggah dengan undang-undang, kerana dalam kes kemalangan jalan raya, pihak terbabit perlu membuat laporan dengan cepat.

“Ini bagi mengelakkan sebarang kecuaian kemalangan dan kenderaan supaya polis trafik dan syarikat insurans boleh membuat penilaian yang betul,” katanya.

Ramkarpal yang diamanahkan membantu kerajaan perpaduan merangka reformasi institusi berkata, polis perlu mempunyai etika berpakaian yang seragam untuk semua kemudahan termasuk balai polis supaya tidak mengelirukan orang ramai.

Terdahulu, Kon Yeow memuji Ramkarpal sebagai pemimpin yang luar biasa kerana memperoleh majoriti tertinggi dalam kalangan 15 kerusi Parlimen yang ditandingi di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lalu.

“Parti telah melangkah jauh, melihat beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri. Bagaimanapun, kami masih memerlukan sokongan daripada pengundi untuk memastikan negara maju dengan baik,” katanya.

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, beliau menggesa pengundi untuk terus menyokong Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang kerana gabungan itu berusaha memastikan hak rakyat sentiasa dilindungi.

Isu kod etika berpakaian hangat diperdebatkan di media sosial selepas Acryl Sani dipetik sebagai berkata, orang awam perlu akur dengan arahan tersebut ketika mahu membuat aduan atau sebarang urusan lain di balai polis, kecuali membabitkan kes kecemasan serius antara ‘hidup dan mati’.

Tegasnya, etika itu selaras dengan prinsip kelima dalam Rukun Negara, kesopanan dan kesusilaan.

Menurut beliau, etika berpakaian untuk orang awam berurusan di balai polis ketika ini berdasarkan arahan dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Sejak itu, majoriti netizen menggesa kerajaan mengekalkan pendirian yang pernah dibuat di Parlimen pada 2015 bahawa tiada kod etika berpakaian untuk orang ramai ketika berurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan. - The Vibes, 7 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Proses Pindaan Undang-Undang Nyahjenayah Cubaan Bunuh Diri Peringkat Parlimen Selesai

2

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Tidak Ada Agensi Kerajaan Minta Maklumat Peribadi Melalui Telefon’ – Acryl Sani

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kehadiran MPV, URB Di Kawasan Kediaman, Komersial Tingkat Keyakinan Masyarakat - KPN

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Tahap Keselamatan Semasa Terkawal, Usah Keluar Kenyataan Sentuh Sensitiviti Agama, Kaum’

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek