web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Proses Pindaan Undang-Undang Nyahjenayah Cubaan Bunuh Diri Peringkat Parlimen Selesai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 9:05PM

Ramkarpal Singh ketika menghadiri Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 di Dewan Negara hari ini, menyaksikan proses pindaan undang-undang bagi menyahjenayahkan cubaan bunuh diri di peringkat Parlimen selesai.

Semalam, Dewan Negara meluluskan dua RUU berkaitan, iaitu RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 2023 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2023 yang antara lain, menyahjenayahkan cubaan bunuh diri di Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, RUU Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 antara lain, turut memberikan kuasa kepada pegawai intervensi krisis (pegawai agensi-agensi di bawah sistem Malaysian Emergency Response Services – MERS 999) untuk menangkap (menyelamatkan) seseorang yang cuba bunuh diri.

“Dengan kelululusan ketiga-tiga RUU ini di Dewan Negara, proses pindaan undang-undang bagi menyahjenayahkan cubaan bunuh diri di peringkat Parlimen sudah selesai.

“Seterusnya, ketiga-tiga rang undang-undang ini perlu mendapatkan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan dan kemudian, diwartakan dalam Warta Kerajaan sebelum berkuat kuasa,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, sehingga selesainya proses di perenggan empat, suatu moratorium masih lagi berkuatkuasa ke atas pelaksanaan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang menjenayahkan cubaan bunuh diri, dengan tiada pendakwaan boleh dijalankan di bawah seksyen terbabit.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Ahli Parlimen yang memberikan sokongan sepenuhnya dalam usaha ini.

“Usaha ini akan mengubah pendekatan terhadap cubaan bunuh diri daripada bersifat punitif pada masa ini kepada suatu pendekatan yang berasaskan kepada rawatan perubatan,” katanya. – Getaran, 21 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad