web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Tidak Ada Agensi Kerajaan Minta Maklumat Peribadi Melalui Telefon’ – Acryl Sani

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 12:02PM

Masyarakat juga harus sentiasa berwaspada dengan perkara itu dan mengelak daripada memberikan sebarang maklumat, terutamanya perincian peribadi. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Masyarakat sekali lagi diingatkan supaya tidak mudah terperdaya dengan pelbagai taktik digunakan sindiket penipuan, termasuk menerusi panggilan telefon.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, masyarakat juga harus sentiasa berwaspada dengan perkara itu dan mengelak daripada memberikan sebarang maklumat, terutamanya perincian peribadi.

“Banyak kali kita dah jelaskan, macam-macam nasihat kita bagi, masih ada yang kena tipu juga, kadang tak tahu bagaimana lagi nak jelaskan.

“Perkara ini jadi puncanya lebih kepada mereka (mangsa) panik,” katanya ketika berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Media di Bukit Aman.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kes penipuan menerusi panggilan telefon yang masih terus berlaku dalam masyarakat, meskipun PDRM dan agensi berkaitannya  sentiasa memberikan nasihat supaya mereka tidak menjadi mangsa.

Acryl Sani menegaskan, seperti sering ditegas dan dinasihatkan PDRM, masyarakat harus sedar serta faham tidak ada pihak daripada agensi kerajaan akan berurusan melalui telefon.

“Tidak ada urusan menerusi telefon, saya ulang sekali lagi, telefon hanya diguna untuk urusan rasmi pemakluman, contohnya ‘Tuan Steven nanti minta datang ke pejabat LHDN di sekian tempat pada jam sekian’, itu je untuk minta buat appointment (janji temu).

“Tiada kena transfer (pemindahan) duit ke akaun apa-apa, termasuk menerusi Whatsapp, online banking pun sama, tiada,” katanya.

Pada masa sama, Acryl Sani meminta pengamal media sentiasa berganding bahu bersama PDRM dalam meningkatkan kesedaran masyarakat secara berterusan, supaya mereka tidak mudah terperdaya.

“Media dianggap sebagai jambatan, saluran dan rakan PDRM untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

“Jadi kita harap media terus bersama kita tingkatkan kesedaran rakan masyarakat kita supaya tidak mudah terperdaya,” katanya. – Getaran, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad