web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Tahap Keselamatan Semasa Terkawal, Usah Keluar Kenyataan Sentuh Sensitiviti Agama, Kaum’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 8:18PM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan tahap keselamatan semasa terkawal meskipun Perdana Menteri mengarahkan pasukan keselamatan untuk berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya pergolakan.

Beliau bagaimanapun mengingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh membangkitkan kegusaran awam.

“Polis memantau rapi situasi keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang dikesan mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama atau kaum yang mengganggu gugat keselamatan serta ketenteraman negara.

“Tahap keselamatan semasa terkawal dan kami memberikan komitmen untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksana secara berterusan demi memastikan keselamatan kekal terjamin.

“Masyarakat dinasihat tidak mengeluarkan atau berkongsi kenyataan yang mampu menjejaskan keharmonian kaum atau membangkitkan kegusaran awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Acryl Sani turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai sebarang tindakan sedemikian boleh menyalurkannya ke balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

Kenyataan tersebut menyusul hanya beberapa jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu sama mengenai tindakan pihak tertentu yang didakwa cuba meniup sentimen kaum dan agama.

Anwar semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini memaklumkan sudah mengarahkan seluruh pasukan keselamatan untuk berwaspada kerana pihak yang terdesak dan merasa tercabar akan menggunakan sentimen perkauman dan agama manakala rakyat yang miskin akan diupah untuk menimbulkan kekacauan.

Walaupun beliau tidak menyebut secara spesifik sebarang insiden, komen tersebut dibuat susulan kontroversi filem indie ‘Mentega Terbang’, tuduhan terhadap Menteri Belia dan Sukan menyebarkan agama Kristian kepada belia Islam, dan larangan terhadap ahli politik daripada menyampaikan ceramah agama di masjid di beberapa negeri.

Ia juga susulan pertuduhan rasuah yang dihadapi pemimpin pembangkang, termasuk mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan penglibatannya dalam inisiatif Jana Wibawa.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan perpaduan akan sentiasa menjunjung prinsip Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni.

Justeru, beliau berkata, sebarang isu berbangkit berkaitan perkara tersebut harus diselesaikan secara baik bagi mengelak sebarang konflik, salah faham atau prasangka.

“Jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peraturan, atau (jika sesuatu isu) menyentuh sensitiviti kaum, maka ia mesti diselesaikan melalui rundingan,” katanya. - Getaran, 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Perhebat Rondaan Di ESSZone, Guna Pesawat Pejuang - ESSCom

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tuntutan Sulu: PDRM Beri Jaminan Keselamatan Di Sabah Terkawal - Saifuddin

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Panorama Pantai Pasir Lanun Pikat Pengunjung, Aspek Keselamatan Perlu Dipertingkat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad