web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Panorama Pantai Pasir Lanun Pikat Pengunjung, Aspek Keselamatan Perlu Dipertingkat

Terdapat kebimbangan dari aspek keselamatan susulan jumlah pengunjung yang semakin ramai, biarpun dilihat terdapat beberapa papan tanda amaran telah diletakkan di sekitar kawasan tersebut.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 8:06AM

Pemandangan Pantai Pasir Lanun, Mersing - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Pantai Pasir Lanun yang terletak kira-kira 35 kilometer dari pekan Mersing semakin menjadi tarikan pengunjung selepas tular di media sosial baru-baru ini, berikutan panorama indah dan suasananya yang mendamaikan. 

Tinjauan Bernama mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar berlatarkan pemandangan alam semula jadi, meskipun terpaksa melalui lereng yang curam dan sempit serta hanya muat untuk sebuah kereta. 

Justeru, terdapat kebimbangan dari aspek keselamatan susulan jumlah pengunjung yang semakin ramai, biarpun dilihat terdapat beberapa papan tanda amaran telah diletakkan di sekitar kawasan tersebut. 

Seorang pengunjung, Fauzi Abd Manaf, 27, dari Pasir Gudang berkata dia yang datang bercuti di daerah ini bersama-sama rakannya, mengetahui mengenai lokasi itu yang tular di aplikasi TikTok. 

"Memang cantik pemandangan di sini...mengimbau kenangan saya ketika berkunjung ke Bali, Indonesia dulu...tak sangka Mersing ada hidden gem (permata tersembunyi), mungkin pihak berkaitan boleh perhebat promosi untuk menarik kedatangan lebih ramai pengunjung. 

"Bagaimanapun, pada masa sama perlu pertingkatkan ciri-ciri keselamatan seperti memasang penghadang memandangkan keadaan jalan yang curam dan hanya boleh dilalui oleh sebuah kereta pada satu-satu masa, " katanya ketika ditemui Bernama, di sini. 

Seorang penduduk Mersing, Nurul Hidarina Mohammed Azam, 33, turut tidak melepaskan peluang untuk membawa keluarga dan saudara-maranya dari Alor Gajah, Melaka, berkunjung ke pantai berkenaan. 

"Sebagai individu yang gemarkan alam semula jadi dan mudah 'teracun' dengan perkara tular, pastinya saya tak lepaskan peluang keemasan untuk 'berOOTD' (Outfit of the Day) dengan keluarga tersayang berlatarkan panorama indah. 

"Bagaimanapun, mungkin pihak berwajib boleh buat jalan sehala memandangkan ada dua laluan ke pantai ini bagi mengelakkan kenderaan bertembung dan berlakunya kesesakan, yang dikhuatiri berlaku insiden tidak diingini, " kata peniaga dalam talian itu. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani menasihati semua pengunjung agar berhati-hati ketika merakamkan foto dan berwaspada dengan struktur tebing yang tinggi dan berisiko runtuh. 

"Pandulah dengan berhati-hati dan bunyikan hon ketika melalui selekoh selain mengelakkan daripada meletakkan kenderaan di atas laluan jalan yang sempit, curam serta bukit sehingga membahayakan pengguna lain. 

"Ini kerana jalan yang sempit akan menyukarkan pergerakan anggota keselamatan seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta ambulans, sekiranya berlaku kecemasan," tegasnya. 

Pantai Pasir Lanun yang sebelum ini kurang popular berbanding Pantai Air Papan dan Pantai Penyabong di sini, semakin menjadi tarikan pengunjung dari seluruh negeri termasuk konvoi bermotorsikal, malah ada yang mendakwa keindahan panorama pantai berkenaan setanding dengan negara luar.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Tinjau Daerah Mersing Dari Udara, Ingatkan Tanggungjawab Jaga Kebersihan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari