web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kehadiran MPV, URB Di Kawasan Kediaman, Komersial Tingkat Keyakinan Masyarakat - KPN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 11:34AM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehadiran elemen rondaan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di kawasan kediaman, komersial dan perindustrian berjaya meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap jaminan keselamatan diri dan harta benda, termasuk pada musim perayaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ mengangkat betapa pentingnya kuasa jalinan antara polis dan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah ke arah mewujudkan persekitaran selamat di negara ini.

“Justeru, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan penglibatan dengan semua lapisan masyarakat menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program berkonsepkan Kepolisan Masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perhimpunan bulanan Ketua Polis Negara di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman di sini hari ini.

Acryl Sani berkata bagi tempoh Januari hingga April 2023, unit-unit MPV telah menjalankan sebanyak 872,283 pemeriksaan kenderaan, dengan sejumlah 76,768 saman dikeluarkan. 

“Di samping itu, anggota unit MPV juga telah menjalankan sebanyak 1,651 tangkapan dengan 770 tangkapan berkait kes jenayah, 777 adalah tangkapan berkait kes narkotik dan 104 lain-lain kes.

“Dalam pada itu, URB juga turut melaksanakan sebanyak 154,887 aktiviti Stop and Talk serta Meet and Greet sebagai usaha mendekatkan lagi PDRM dengan masyarakat,” katanya.

Pada himpunan itu juga, Acryl Sani menyampaikan Sijil Penghargaan Ketua Polis Negara kepada 37 pegawai polis dan pegawai awam dari pelbagai jabatan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan masing-masing. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Israel Akan Dituduh Esok - KPN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 20 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi