web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kertas Putih Kesihatan Dalam Fasa Akhir Disiapkan - KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 7:00AM

Lukanisman melihat dengan lebih dekat keadaan bibir Wamisa Abdullah yang sumbing sewaktu melawat wad kanak-kanak selepas merasmikan Grand Smile Operation Initiative 2023 di Hospital Lahad Datu semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Kementerian Kesihatan (KKM) dalam fasa akhir menyediakan Kertas Putih Kesihatan yang membabitkan dasar asas baharu kepada sektor perkhidmatan kesihatan negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, perkara itu juga membabitkan perkhidmatan kesihatan di Sabah yang memerlukan pemerhatian serta fokus terbaik daripada kerajaan Persekutuan.

Menurut beliau, selepas COVID-19, negara berdepan krisis perkhidmatan kesihatan dan perkara itu penting untuk diteliti.

“Kita perlu melihat semula keperluan kesihatan terutama perkhidmatan klinik daif termasuk yang memerlukan tenaga kerja ditambah. Sudah tentu maklumat atau input yang saya peroleh dalam setiap lawatan kerja akan dibawa ke pihak jawatan kerja tertinggi kementerian termasuk menteri.

“Kita juga sedia maklum penglibatan kerajaan negeri melalui kerjasama Jawatankuasa Khusus MA63 dan akan kita bincang pada esok hari bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Grand Smile Operation Initiative (GSOI) 2023 di Hospital Lahad Datu, di sini, semalam.

Pada 10 Januari lepas, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata, KKM menyasarkan pembentangan Kertas Putih Kesihatan di Parlimen pada pertengahan tahun ini.

Sementara itu, Lukanisman berkata, menerusi GSOI sebanyak 58 pesakit sumbing di sini akan menjalani pembedahan bermula semalam hingga 11 Februari, dengan 11 pakar bedah mulut, tiga pakar bius dan empat pakar kanak-kanak terbabit dalam program itu.

“Objektif utama GSOI adalah mengatasi peningkatan kes sedia ada dan memberikan pendedahan serta kesedaran kepada masyarakat berkenaan sumbing dan rawatan yang boleh dilakukan.

“Sumbing berlaku akibat kegagalan pembentukan bibir dan lelangit yang berlaku satu dalam 941 kelahiran,” katanya.

Beliau berharap terdapat syarikat atau badan bukan kerajaan yang memiliki kewangan untuk menyumbang dan menyediakan aset diperlukan kepada pihak hospital bagi meneruskan program GSOI pada masa hadapan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad