web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


APMM Pertingkat Kawalan Perairan Sepanjang Ramadan dan Perayaan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 8:25PM

APMM menjalankan kawalan di perairan Tawau bagi mengekang pergerakan keluar masuk ke negara jiran terutama pada musim perayaan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU- Kawalan keselamatan di perairan daerah ini terus dipertingkat bagi mengekang pergerakan keluar masuk ke negara jiran, khususnya menjelang musim perayaan.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, kedudukan Tawau yang berhampiran dengan Indonesia menyebabkan ia sering menjadi tumpuan kemasukan atau keluar aktiviti jenayah rentas sempadan, termasuk pendatang asing tanpa izin.

"Itu antara cabaran yang dihadapi anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini walaupun dalam bulan Ramadan seperti sekarang.

"Ia kerana aktiviti jenayah rentas sempadan ini semakin aktif berlaku terutamanya menjelang musim perayaan berikutan kegiatan ziarah dan balik kampung berlaku," katanya menerusi sidang media, semalam. 

Terdahulu, beliau meluangkan masa meninjau kawalan dilakukan APMM di sempadan perairan termasuk melakukan pemeriksaan di bot atau perahu.

Menurut Siva, pihaknya juga komited dalam menyebarkan maklumat dan memberi peringatan kepada komuniti laut untuk mengamalkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penyebaran COVID-19.

"Ini kerana komuniti laut juga terdedah kepada virus ini, selain boleh menjadi agen penyebaran penyebaran kepada orang lain.

"Pada masa sama, pemeriksaan turut dilakukan bagi memastikan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan, termasuk pemakaian jaket keselamatan dan beroperasi mengikut masa ditetapkan kerana kawasan ini masih tertakluk di bawah Perintah Berkurung, yang menetapkan larangan pergerakan di laut bermula jam 6 petang sehingga 6 pagi," katanya.

Berdasarkan rekod, sebanyak 1,500 pemeriksaan dilakukan APMM membabitkan bot dan kapal sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

"Ia membabitkan 29 tangkapan atas pelbagai kesalahan termasuk membabitkan Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021 kerana beroperasi di luar masa ditetapkan.

"Sebanyak lapan aset yang dikendalikan pelbagai agensi menerusi koordinasi Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bagi mengawal perairan di daerah ini, khususnya di kawasan yang sering menjadi tumpuan jenayah rentas sempadan," katanya. - Getaran, 30 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad