web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fatwa MAINJ: Pendirian CCM Wajar Dipuji - YADIM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 9:00PM

Sikap prihatin dan bertolak ansur seumpama itu akan menyuburkan keharmonian dan hubungan sesama kaum di negara ini. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menghargai pendirian Majlis Gereja Malaysia (CCM) mengalu-alukan fatwa dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang melarang umat Islam menghadiri upacara ritual perayaan penganut agama bukan Islam di negeri berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Kamarul Arief Tuan Soh berkata, sikap prihatin dan bertolak ansur seumpama itu akan menyuburkan keharmonian dan hubungan sesama kaum di negara ini.

“Kami berpandangan ia bertepatan dengan konsep Malaysia Madani digagaskan oleh Perdana Menteri yang bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

“Kami yakin dengan wujudnya organisasi yang matang dan rasional seperti CCM, budaya dialog dan program keharmonian akan semakin subur di Malaysia dan YADIM pasti akan mempergiat lagi usaha ke arah tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Kamarul Arief, pendirian Setiausaha Agung CCM, Jonathan Jesudas semalam yang menyatakan fatwa dikeluarkan MAINJ adalah panduan yang baik bukan sahaja untuk orang Islam tetapi juga kepada orang bukan Islam bagi lebih memahami had ditetapkan undang-undang Islam, adalah sesuatu yang amat baik dan wajar dipuji.

Katanya, sikap toleransi dan saling mengambil peduli terhadap sensitiviti antara agama itu sememangnya selaras dengan ajaran Islam yang jelas melarang umatnya dari melakukan sebarang bentuk penghinaan kepada sembahan agama lain seperti yang termaktub dalam Surah Al-Ana’am ayat 108.

Menurut beliau, YADIM amat gembira apabila semakin banyak organisasi masyarakat sivil mula mengambil tanggungjawab dan peranan dalam mewujudkan keharmonian dalam negara serta tidak terikut-ikut dengan budaya pelampau yang wujud di seluruh dunia seperti Islamofobia.

Ujarnya, YADIM yakin konsep Malaysia Madani hanya dapat direalisasikan sekiranya setiap rakyat mengambil tanggungjawab bersama berbanding membesar-besarkan perbezaan yang secara fitrah telah sedia wujud.

“Setiap perbezaan wajar digarap untuk membina kekuatan dan bukannya mencarik perpaduan.

“Pada akhirnya,  kita semua hanya berbumbungkan di bawah langit Tuhan di bumi Malaysia yang sama sebagai saudara dalam kemanusiaan, kalau tidak pun sebagai saudara dalam akidah kepercayaan,” katanya. - Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Penganjur Jemput Penceramah Agama Tiada Tauliah Di Johor, Berdepan Tindakan Undang-Undang

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Fatwa Baharu Tidak Bercanggah Konsep Bangsa Johor – Sultan Ibrahim

3

Semasa 3 tahun yang lalu

YADIM Sedia Gerakkan 10,000 Sukarelawan Bantu Situasi Banjir

4

Semasa 3 tahun yang lalu

7,000 Hadiri Munajat Keluarga Malaysia Sempena Setahun Pentadbiran PM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 18 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad