web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penganjur Jemput Penceramah Agama Tiada Tauliah Di Johor, Berdepan Tindakan Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 5:52PM

Kesalahan itu diperuntukkan di bawah Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Sariah 1997. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjur acara mengajar dan syarahan agama Islam yang menggunakan penceramah tidak memiliki tauliah dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), akan dianggap ‘bersubahat’ dan dikenakan tindakan undang-undang mengikut akta sedia ada.

Menurut kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid; Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Jamaluddin A Hamid, kesalahan itu diperuntukkan di bawah Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Sariah 1997.

Katanya, ia membawa kepada hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, sebagaimana dinyatakan Seksyen 45 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Antara kaedah mengawal doktrin dan fahaman menyeleweng dari hukum syarak di Johor ini, ialah mereka yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam di negeri ini atau apa-apa perkara mengenai agama Islam, hendaklah memiliki tauliah dari MAINJ.

“Tauliah ini meliputi di masjid dan surau serta di mana-mana tempat dalam Johor.

“Ini selaras dengan Sesyen 118(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini.

Kenyataan itu juga bagi menjunjung titah Sultan Ibrahim berhubung penegasan penceramah memiliki tauliah mengajar dan memberi syarahan agama Islam di Johor.

Justeru, katanya, mana-mana orang yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam di Johor tanpa tauliah adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan berdasarkan Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 dan Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Sariah 1997.

Kenyataan sama memaklumkan, masyarakat Islam di Johor hendaklah mematuhi undang-undang dikanunkan itu.

“(Ia) Demi memastikan syiar Islam yang benar dan betul ditegakkan serta dilaksanakan di Johor, berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jama’ah aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah.

“MAINJ merupakan pihak berkuasa agama Islam yang menjaga urusan hal ehwal masyarakat Islam di Johor, agar mematuhi hukum syarak berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah.

“Syariatnya berlandaskan mazhab Shafie tanpa menolak mazhab muktabar lain, iaitu Hanafi, Maliki dan Hanbali serta bertasawuf berlandaskan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali,” katanya. – Getaran, 8 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Pandu Kereta Termahal Di Dunia

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

3

Pendidikan 3 bulan yang lalu

24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Waspada Akaun Media Sosial Palsu Guna 'Suara' Agong

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja