web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fatwa Baharu Tidak Bercanggah Konsep Bangsa Johor – Sultan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 6:10PM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah bahawa fatwa tersebut tidak sesekali bercanggah dengan nilai toleransi, perpaduan dan persefahaman antara agama seperti diamalkan oleh Bangsa Johor - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah bahawa fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) semalam, tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor di negeri tersebut.

Titah baginda, konsep Bangsa Johor adalah satu amalan iaitu kepelbagaian kaum dan agama di negeri itu tetap akan dihormati.

Justeru, tegas baginda fatwa tersebut tidak sesekali bercanggah dengan nilai toleransi, perpaduan dan persefahaman antara agama seperti diamalkan oleh Bangsa Johor.

“Fatwa tersebut hanya melarang orang Islam daripada menyertai ritual agama lain. Ia adalah panduan. Mereka masih boleh menghadiri acara perayaan agama lain.

“Agama lain juga harus menghormati sensitiviti umat Islam. Ia adalah toleransi sesama rakyat. Kita harus peka terhadap agama masing-masing untuk terus menjalani kehidupan bersama,” titah baginda.

Sultan Ibrahim juga bertitah, semua agama menekankan nilai-nilai murni seperti belas kasihan, hormat-menghormati, toleransi, kesederhanaan dan kebaikan, justeru rakyat Malaysia harus memberi tumpuan kepada nilai tersebut, bukannya perbezaan kaum atau agama.

“Beta harap dengan penjelasan ini, kita dapat menghentikan sebarang kekeliruan mengenai 'fatwa' baharu itu kerana ia hanya menjelaskan perkara yang dibenarkan kepada umat Islam dan dilarang dalam Islam.

“Jika masih keliru, sila berjumpa dengan Mufti Negeri untuk penjelasan lanjut,” titah baginda.

Semalam, kerajaan Johor dilaporkan akan mewartakan Fatwa Orang Islam Hadir Ke Upacara Ritual Perayaan Penganut Agama Bukan Islam dalam masa terdekat, bagi membolehkan umat Islam di negeri itu mempunyai garis panduan sebelum menyertai sesuatu majlis perayaan agama bukan Islam.

Bagaimanapun MAINJ memaklumkan, meraikan undangan atau menghadiri jemputan ke majlis diadakan penganut agama lain tanpa sebarang ritual keagamaan adalah harus dan dibenarkan, menurut sebilangan ulama.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata, fatwa yang diperkenan Sultan Ibrahim itu akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) minggu hadapan, bagi mendapatkan kelulusan sebelum diwartakan.

Beliau berkata, garis panduan itu difatwakan selepas melihat kebiasaan umat Islam apabila tibanya sesuatu perayaan bukan Islam dan bertujuan memberi pendidikan serta kesedaran supaya larangan tidak terus diamalkan secara berleluasa.

“Melalui pemerhatian dan makluman orang awam, seperti menjadi kebiasaan perayaan penganut agama bukan Islam dihadiri atau turut diraikan umat Islam.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab MAINJ membuat ketetapan sebagai usaha meningkatkan kefahaman berhubung Islam,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 23 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad