web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Boleh Hadiri Perayaan Bukan Islam, Jangan Ada Ritual Agama - MAINJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 9:14PM

Garis panduan bagi umat Islam merayakan hari kebesaran agama orang bukan Islam merangkumi beberapa kriteria termasuk, majlis terbabit tidak disertakan dengan upacara bertentangan dengan akidah Islam - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meraikan undangan atau menghadiri jemputan ke majlis diadakan penganut agama lain tanpa sebarang ritual keagamaan adalah harus dan dibenarkan.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, perkara itu dibenarkan sebilangan ulama.

Menurutnya, penganut Islam boleh menghadiri majlis rumah terbuka atau makan malam diadakan, asalkan ia mematuhi garis panduan ditetapkan pihak berkuasa agama demi memastikan akidah mereka sentiasa terpelihara.

MAINJ berkata, garis panduan bagi umat Islam merayakan hari kebesaran agama orang bukan Islam merangkumi beberapa kriteria termasuk, majlis terbabit tidak disertakan dengan upacara bertentangan dengan akidah Islam.

“Maksud 'bertentangan dengan akidah Islam' itu adalah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

“Majlis terbabit juga tidak disertakan dengan perbuatan bertentangan dengan syarak iaitu sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan, akan bertentangan dengan ajaran yang diamalkan oleh masyarakat Islam,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dalam pada itu, MAINJ berkata, majlis berkenaan tidak boleh disertakan dengan perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam di negara ini.

“Maksud 'bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam' ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam negera ini yang berpegang kepada ajaran bersadarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Ujarnya, majlis tersebut juga tidak boleh disertakan dengan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat, iaitu sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

“Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan yang bukan beragama Islam,” katanya.

Pada masa sama, beliau menggesa umat Islam agar bertanggungjawab untuk sentiasa memelihara akidah yang menjadi tunjang kepada kehidupan beragama.

Tambahnya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan agar semua umat Islam di negeri itu hanya berpegang kepada akidah Islam yang murni dan sebenar, berteraskan Ahli Sunnah Wal Jama'ah serta menghindari pegangan akidah yang bertentangan dan menyeleweng daripada aliran tersebut.

Jelasnya, titah perkenan berkenaan telah dikanunkan melalui Seksyen 2 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) (Pindaan) 2014.

Menurutnya lagi, para ulama daripada empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali bersepakat bahawa hukum umat Islam menghadiri upacara ritual perayaan keagamaan bukan Islam adalah haram dan dilarang.

“Justeru, umat Islam adalah ditegah dan dilarang daripada menghadiri, menyertai apatah lagi merayakan upacara ritual perayaan agama bukan Islam sama ada di rumah ibadat mereka atau di tempat perayaan mereka,” katanya. - Getaran, 2 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengusaha Akur Garis Panduan Demi Keselamatan Di Tapak Perkhemahan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Konsep DNAA Diamalkan Dalam Undang-Undang Prosedur Jenayah, Syariah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 21 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad