web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


7,000 Hadiri Munajat Keluarga Malaysia Sempena Setahun Pentadbiran PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 9:54PM

Ismail Sabri ketika hadir pada Majlis Munajat Keluarga Malaysia di Masjid Putra hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyertai lebih 7,000 jemaah di Masjid Putra di sini, malam ini bersempena program Munajat Keluarga Malaysia.  

Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu diadakan bagi meraikan ulang tahun pertama pentadbiran Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.  

Perdana Menteri yang berbaju Melayu berwarna putih dan bersongkok tiba di pekarangan masjid pada jam 8.20 malam dan disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Beliau kemudian menyertai jemaah menunaikan solat fardu Isyak dan sesi bacaan doa dipimpin Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Acara munajat dipimpin pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid itu disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM dan TV AlHijrah bermula jam 9 malam.  

Selain Putrajaya, Munajat Keluarga Malaysia berkenaan dijalankan serentak di lima lokasi, iaitu Kedah, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.  

Turut diadakan adalah penyampaian sumbangan oleh Ismail Sabri kepada pengurusan 20 buah pusat tahfiz, institusi pengajian pondok, premis kebajikan dan beberapa rumah anak yatim yang hadir ke acara munajat tersebut.

Dengan tema Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia - Teguh Bersama, Munajat Keluarga Malaysia mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Perbadanan Putrajaya.

Terdahulu, bermula jam 2.30 petang, pelbagai program berteraskan rakyat diadakan, termasuk Souq Jualan Rakyat Keluarga Malaysia dengan potongan harga sebanyak 50 peratus.

Pada program tersebut, kira-kira 600 individu asnaf menerima pelbagai barang keperluan harian termasuk ayam, beras, minyak masak dan telur. - Getaran, 21 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Politik 3 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

3

Politik 3 tahun yang lalu

Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan