web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 7:12AM

Penganalisis politik berpendapat RoS perlu meneliti sama ada apa dilakukan UMNO dalam pemilihan menepati Perlembagaan parti atau tidak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saranan agar Pendaftar Pertubuhan (RoS) menangguhkan dahulu pemilihan UMNO sehingga keputusan siasatan usul jawatan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dicapai, mendapat reaksi berbeza daripada pakar perlembagaan dan penganalisis politik.

Penganalisis politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, walaupun pemilihan UMNO dilaksanakan mengikut perlembagaan parti, namun terdapat keperluan untuk RoS memberi jawapan segera terhadap siasatan berhubung aduan dua ahli parti tersebut.

Dr Hussain Yusri Zawawi - Gambar Fail
Dr Hussain Yusri Zawawi - Gambar Fail

Menurut beliau, RoS juga sepatutnya perlu meneliti sama saranan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung perkara itu.

“RoS perlu meneliti sama ada apa dilakukan UMNO dalam pemilihan menepati Perlembagaan parti atau tidak. Lihat semula ada atau tidak isu perjalanan pemilihan parti itu yang melanggar perlembagaan.

“RoS juga harus menjalankan peranan mereka dalam menyiasat perkara ini. Kalau ada atau tidak kesalahan dilakukan, mereka perlu keluarkan kenyataan segera agar orang ramai mengetahui secara jelas, apakah kemelut yang berlaku dalam pemilihan UMNO,” katanya kepada Getaran.

Dalam pada itu, Hussain berkata, pandangan Ahli Parlimen Bera itu memberi bayangan bahawa masih wujud pelbagai kem dalam UMNO yang membuktikan konflik politik masih menguasai parti tersebut.

Katanya, perkara itu secara jelas pernah disuarakan oleh sebahagian pemimpin utama UMNO sebelum ini sehingga ada di antara mereka digantung dan dipecat oleh parti.

“Apa yang berlaku dalam UMNO berdasarkan kepada kenyataan pemimpin tertinggi parti seperti Tan Sri Noh Omar, Khairy Jamaluddin serta Ismail Sabri, menceritakan bagaimana parti itu sedang berdepan berkonflik.

“Mereka menceritakan tentang kewujudan kem tertentu dalam UMNO sendiri. Soalnya, jika ia dinafikan oleh parti, saya berpendapat ada sesuatu yang tidak kena. Pandangan pemimpin tersebut sebenarnya harus dipandang serius oleh parti,” katanya.

Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan bahawa masih wujud pelbagai kem dalam UMNO yang membuktikan konflik politik masih menguasai parti tersebut - Gambar Fail
Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan bahawa masih wujud pelbagai kem dalam UMNO yang membuktikan konflik politik masih menguasai parti tersebut - Gambar Fail

Terdahulu, Ismail Sabri berpandangan RoS sepatutnya menangguhkan dahulu pemilihan UMNO sehingga keputusan siasatan dikeluarkan berhubung aduan dua ahli parti mengenai ketetapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) memutuskan tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi dalam parti itu.

Beliau berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi mengelak timbul masalah lebih buruk kepada UMNO jika keputusan RoS kelak mendapati apa yang dilakukan parti sekarang adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan, sedangkan ketika itu pemilihan sudah selesai dibuat.

Jelasnya, RoS setakat ini masih menjalankan siasatan bantahan dikemukakan dua ahli UMNO terbabit dan sebarang keputusan mengenainya kelak jika tidak memihak kepada parti, mungkin boleh menyebabkan parti digantung.

Sementara itu, Pakar Perlembagaan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain pula berpendapat sebaliknya mengenai perkara tersebut.

Beliau berkata, tiada keperluan untuk ROS menangguhkan pemilihan UMNO berikutan ketetapan yang dibuat menerusi PAU pada Januari lalu agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, tidak menyalahi perlembagaan parti.

Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain - Gambar Fail
Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain - Gambar Fail

Jelas beliau, usul yang dibuat tidak bermaksud pemilihan jawatan berkenaan tidak dipertandingkan, namun ia bertujuan mengekalkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Presiden serta Timbalan Presiden tanpa dicabar demi mengekalkan kestabilan parti.

“Proses pemilihan dua jawatan berkenaan masih perlu dilaksanakan mengikut peruntukan perlembagaan UMNO. Jika tiada proses pemilihan, bagaimana Ahmad Zahid dan Mohamad boleh terus memimpin UMNO bagi penggal baharu sebagai Presiden dan Timbalan Presiden.

“Setiap Ketua UMNO Bahagian perlu mencalonkan Ahmad Zahid dan Mohamad sebagai calon tunggal bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Jika itu dilakukan, ia tidak menjadi kesalahan serta melanggar perlembagaan RoS,” katanya. 

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fauzi berkata, usul tersebut hanya memutuskan tiada calon lain yang boleh bertanding jawatan tersebut bagi memberikan laluan kepada Ahmad Zahid dan Mohamad menang tanpa bertanding.

Ujarnya, mana-mana ahli UMNO yang ingin bertanding jawatan tersebut masih boleh menawarkan diri, tetapi tindakan tersebut boleh dianggap melanggar usul PAU.

“Pemilihan UMNO akan menjadi isu sekiranya ada ahli yang cukup syarat bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Ini kerana menjadi hak mereka sebagai akar umbi parti sekiranya mahu mencalonkan diri.

“Namun sekiranya itu berlaku, barulah ia perlu diteliti semula kerana dari segi undang-undang, pemilihan tetap berlaku dan usul tersebut tidak wajar dipertikai kerana dipersetujui secara majoriti oleh ahli perwakilan,” katanya.

Beliau berkata, usul tersebut juga tidak boleh dianggap menghalang proses demokrasi memandangkan ia dipersetujui ahli perwakilan yang hadir.

“PAU sebagai kuasa tertinggi dalam UMNO memutuskan pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden hanya menerima pemegang jawatan sedia ada sebagai calon, itu juga proses demokrasi.

“Perlembagaan pertubuhan mesti dipatuhi. Kalau semua perwakilan bersetuju menerima usul tersebut, maka prosesnya betul kerana usul tersebut telah dibahaskan dan majoriti bersetuju ketika ia diundi,” katanya. - Getaran, 4 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Zara Qairina: PM Arah Siasatan Terbuka, ‘Tiada Tempat Untuk Pembunuh!’

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Audio Perbualan Tular, Zara Dedah Ketakutan Terhadap ‘Kakak M’

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ibu Muda Mengaku Salah Sebabkan Kematian Bayi Perempuan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

Semasa 12 jam yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Semasa 18 jam yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

oleh Sophia Ahmad