web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


YADIM Sedia Gerakkan 10,000 Sukarelawan Bantu Situasi Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 7:19PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) akan menggerakkan 10,000 anggota Sukarelawan YADIM (SAY) di seluruh negara bagi membantu menangani situasi banjir yang dijangka melanda pada bila-bila masa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, SAY sentiasa bersedia turun padang untuk misi sekiranya diperlukan, malah sukarelawannya sudah diberikan latihan mencukupi.

“SAY sudah terlibat dalam pelbagai program membantu masyarakat, khususnya ketika musibah banjir dengan penyediaan dapur rakyat, penyaluran sumbangan dan khidmat pemulihan tempat kediaman serta fasiliti awam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tuan Kamarul Arief berkata, semangat berkempen menjelang PRU-15 tidak seharusnya menjadikan pembelaan kebajikan masyarakat yang dilanda musibah, terabai dan tidak dipedulikan.

“Dalam menghadapi PRU-15, persiapan menghadapi banjir seharusnya tidak dilupakan setiap pihak berkewajipan agar keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara,” ujarnya.

Beliau berkata, YADIM juga sudah mengaktifkan bilik gerakan banjir di ibu pejabatnya di sini bagi mengatur sebarang inisiatif membantu mangsa bencana tersebut kelak.

“Bilik gerakan ini pernah digunakan untuk menyelaras gerak kerja bantuan dilaksana YADIM dalam bencana banjir pada tahun 2020 dan 2021.

“Orang ramai juga boleh membantu YADIM dalam program bantuan banjir menerusi sumbangan kepada Tabung Infaq YADIM. Maklumat cara menyumbang boleh didapati di laman web dan Facebook rasmi YADIM,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan banjir besar bakal berlaku akhir November ini.

Pada masa sama, hari pengundian PRU-15 dijangka diadakan ketika itu. - Getaran 12 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran