web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembukaan Tanah Projek ECRL Di Selangor Tidak Babit Penyahwartaan Hutan Simpan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 5:00PM

Ini dilakukan supaya kontraktor syarikat berkenaan dapat memasuki kawasan hutan simpan bagi menjalankan aktiviti berlesen berkaitan ECRL. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembukaan tanah untuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor tidak membabitkan penyahwartaan hutan simpan termasuk kawasan di Taman Negeri Selangor.

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) berkata, bagi memudahkan kerja awal pembinaan projek itu, pihaknya telah memperoleh permit izin lalu (right-of-way-permit) daripada Jabatan Perhutanan.

Menurutnya, ini dilakukan supaya kontraktor syarikat berkenaan dapat memasuki kawasan hutan simpan bagi menjalankan aktiviti berlesen berkaitan ECRL.

“Bagi memelihara alam sekitar, projek ECRL telah mematuhi garis panduan dan syarat termasuk Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan Pelan Kawalan Hakisan dan Endapan (ESCP) yang masing-masing telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Salinan (DID).

“Tambahan pula, pihak MRL dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC) proaktif mengadakan mesyuarat dan sesi libat urus dengan pihak berkuasa negeri Selangor dan semua pihak berkepentingan projek ECRL termasuk penduduk yang tinggal berhampiran tapak kerja projek terbabit.

“Ini adalah untuk memastikan suara pihak yang terjejas dan pendapat orang awam dipertimbangkan sepenuhnya bagi meminimumkan kesan terhadap alam sekitar dan impak sosial,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenal pasti berlakunya aktiviti pembukaan dan pembersihan tanah yang melibatkan empat kawasan dalam Taman Negeri Selangor.

Mengulas lanjut, MRL berkata, pihaknya dan CCC mengalu-alukan pandangan dan maklum balas daripada pihak berkepentingan berkenaan projek ECRL serta terbuka untuk mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak jika perlu.

Ujarnya, MRL mengambil maklum kebimbangan disuarakan NGO tersebut dan pihaknya sentiasa komited dalam memenuhi semua keperluan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri untuk memelihara alam sekitar dan menjaga kepentingan orang awam.

Bagi projek yang sedang berjalan di negeri Selangor, katanya, MRL sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa dan agensi kerajaan di semua peringkat termasuk kerajaan Persekutuan, kerajaan Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), JAS dan pihak berkuasa tempatan.

“Kerja pembinaan ECRL untuk Seksyen C2 ECRL (Gombak-Serendah-Pelabuhan Klang) yang secara keseluruhannya terletak di Selangor, dijalankan dengan teliti di bawah rundingan bersama komuniti tempatan dan pihak berkepentingan yang berkenaan serta mematuhi peraturan ditetapkan," katanya.

Untuk rekod, beliau berkata, kelulusan Skim Kereta Api ECRL bagi Seksyen C2 diberikan oleh Kementerian Pengangkutan kepada MRL pada 14 Januari lalu selepas pemeriksaan awam selama tiga bulan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Katanya, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), satu laporan wajib di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sudah diserah kepada Jabatan Alam Sekitar pada 30 November 2021 dan mendapat kelulusan pada 20 Disember 2021.

“Pada 14 September 2022, kami telah mendapat kelulusan dari kerajaan Selangor untuk meneruskan pembinaan projek ECRL bagi jajaran rel Seksyen C2 di negeri itu,” katanya.

MRL adalah pemilik projek ECRL dan CCC sebagai kontraktor utama. - Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelajuan Maksimum Tren Penumpang ECRL 160KM/J - MRL

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek ECRL: Penutupan Susur Masuk, Keluar Plaza Tol Gambang

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Penembusan Terowong Genting ECRL Dijangka Suku Kedua 2025

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Berlaku Kerosakan Teruk, 2 Terowong Umpama Sudah Lama Siap - PHM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi