web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Projek ECRL: Penutupan Susur Masuk, Keluar Plaza Tol Gambang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 2:33PM

ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) memaklumkan penutupan akan bermula pukul 9 malam ini hingga pukul 6 pagi esok. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Susur masuk dan keluar di Plaza Tol Gambang akan ditutup sementara bermula hari ini sehingga esok bagi memberi laluan kepada kerja-kerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) oleh Malaysia Rail Link (MRL).

ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dalam kenyataan memaklumkan penutupan akan bermula pukul 9 malam ini hingga pukul 6 pagi esok.

Laluan yang terbabit adalah susur masuk dari Plaza Tol Gambang ke Kuantan dan susur keluar ke Plaza Tol Gambang dari arah Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dari Gambang yang ingin ke Kuantan dinasihatkan supaya menggunakan laluan Persekutuan untuk sampai ke destinasi.

"Pengguna lebuh raya dari arah Kuala Lumpur yang ingin keluar di Plaza Tol Gambang dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif melalui persimpangan Sri Jaya," menurut kenyataan itu.

Semua pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dan mematuhi papan arah serta arahan petugas di lokasi.

Bagi mendapatkan sebarang informasi, pengguna boleh mengikuti saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook (Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter, (@LPTTrafik) manakala sebarang kecemasan boleh hubungi LPT dengan menelefon 1-700-818-700. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pernah Diarah Tutup 2 Kali, Restoran Mamak Kotor 'Kantoi' Lagi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelajuan Maksimum Tren Penumpang ECRL 160KM/J - MRL

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Polis Israel Tutup Masjid Al Aqsa Kepada Jemaah Islam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

DBKL Tutup 44 Premis Perniagaan Dikendali Warga Asing Di Jalan Kenanga 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan