web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kelajuan Maksimum Tren Penumpang ECRL 160KM/J - MRL

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 10:52AM

Jajaran rel ECRL direka bentuk dengan lengkung horizontal dan sendeng serta kecerunan yang tidak setara dengan landasan rel kelajuan tinggi - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tren penumpang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan bergerak pada kelajuan maksimum 160 kilometer per jam (km/j) apabila memulakan operasi komersialnya pada Januari 2027 dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak (ITT Gombak), Selangor.

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) selaku pemilik projek ECRL dalam kenyataannya memaklumkan infrastruktur rel termasuk kerja-kerja asas, landasan rel, sistem isyarat rel dan rolling stock dibangunkan khusus berdasarkan kepada reka bentuk kurang daripada 200km/j.

“Sejak awal pembinaannya pada Ogos 2017, projek ECRL telah merancang, mengurus dan melaksanakan infrastruktur relnya berasaskan kepada keretapi laju untuk penumpang dan bukan untuk kereta api berkelajuan tinggi yang mengikut piawaian industri kelajuannya ditentukan pada sekurang-kurangnya 250km/j,” menurut MRL.

Menurut kenyataan itu jajaran rel projek ECRL juga telah direka bentuk dengan lengkung horizontal dan sendeng (superelevation) serta kecerunan yang tidak setara dengan landasan rel kelajuan tinggi, memandangkan sebahagian besar jajaran di negeri-negeri Pantai Timur dibina di kawasan yang keadaan tanahnya lemah, memotong kawasan berbukit dan merentasi sungai yang lebar.

Sehubungan itu, MRL perlu menegaskan bahawa ECRL kekal sebagai kereta api laju bagi penumpang sahaja dan tidak boleh dinaik taraf atau ditukar menjadi kereta api berkelajuan tinggi mengikut spesifikasi kejuruteraan dan sistem operasi semasa, menurut kenyataan itu. 

Kenyataan MRL itu bagi menjelaskan laporan berita yang memetik seorang pakar China yang menyatakan bahawa ECRL boleh meningkatkan kelajuannya kepada 351km/j ketika forum ASEAN mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), adalah tidak tepat dan mengelirukan.

MRL turut menekankan bahawa ECRL juga direka bentuk terutamanya untuk pengangkutan kargo, dengan 70 peratus nisbah pulangan semasa operasinya adalah daripada kargo dan 30 peratus penumpang.

Oleh itu, menurut kenyataan tersebut pertambahan bagi perkhidmatan penumpang ECRL sebahagian besarnya dikekang oleh keperluan reka bentuk bagi kereta api barang.

Menurut MRL tren penumpang ECRL akan dapat menghubungkan Kota Bharu dengan ITT Gombak dalam tempoh empat jam apabila ia beroperasi pada Januari 2027 berbanding tujuh jam dengan pengangkutan jalan raya dan lebih lama pada musim perayaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek ECRL: Penutupan Susur Masuk, Keluar Plaza Tol Gambang

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Penembusan Terowong Genting ECRL Dijangka Suku Kedua 2025

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Berlaku Kerosakan Teruk, 2 Terowong Umpama Sudah Lama Siap - PHM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pembukaan Tanah Projek ECRL Di Selangor Tidak Babit Penyahwartaan Hutan Simpan 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar