web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berlaku Kerosakan Teruk, 2 Terowong Umpama Sudah Lama Siap - PHM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 1:24PM

Kerajaan negeri meluluskan projek ECRL pada 14 September 2022, tetapi terowong itu kelihatannya umpama sudah lama siap. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Hijau Malaysia (PHM) mendedahkan berlaku kerosakan teruk di Hutan Simpan Hulu Gombak yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Taman Negeri Selangor susulan pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Setiausaha (Penaja) PHM, Abdul Razak Ismail berkata, kerosakan itu dikesan berdasarkan tinjauan beliau dan beberapa aktivis alam sekitar yang turun ke tiga tapak pembinaan laluan tren ECRL di Batu 16, Jalan Gombak Lama-Karak, Sabtu lalu.

Menurut beliau, PHM dimaklumkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) hanya mengeluarkan permit ‘penggunaan untuk laluan’  (right-of-way permit) sahaja, tetapi apa yang terjadi di lapangan jauh berbeza.

Katanya, terdapat dua terowong sudah sedia ada dengan kerja kemasan di hadapan terowong, termasuk pemasangan pembetung (culvert) diletakkan di laluan anak sungai manakala kerja tanah di lokasi lain sedang rancak dijalankan.

“Agak pelik kerajaan negeri meluluskan projek ECRL tersebut pada 14 September 2022 (lima bulan lepas), tetapi terowong itu kelihatannya umpama sudah lama siap.

“Kami juga mendapati beberapa kabin pejabat (site office) telah siap disediakan untuk digunakan manakala banyak pokok balak bergelimpangan di salah sebuah tapak pembinaan,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Abdul Razak berkata, PHM menyangkal kenyataan Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian bahawa kontraktor terbabit mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) penjagaan alam sekitar.

Bagaimanapun katanya, ketika tinjauan di lapangan, PHM mendapati beberapa cerun tinggi di tapak projek tidak dipantau sewajarnya.

“Ini menyebabkan ketika hujan lebat tanah merah dari tebing curam ini menjadi lumpur dan mengalir memasuki anak sungai di bahagian bawah tebing tersebut.

“Akhirnya sungai itu menjadi keruh, dan mungkin berisiko menyebabkan tanah runtuh jika tebing tinggi dan curam itu tidak dipantau dan dikawal dengan baik,” katanya.

Jelas beliau, lebih membimbangkan air sungai itu turut digunakan masyarakat Orang Asli di Batu 16, berhampiran tapak projek tersebut untuk membasuh pakaian dan mandi.

Justeru, katanya, PHM mendesak pendengaran awam diadakan sekiranya kawasan Hutan Simpan Taman Negeri Selangor diubah status atau penggunaannya.

“Kami berpandangan bahawa secara “moralnya” kerajaan negeri telah melanggar perkara dasar kewujudan taman negeri itu sendiri: Melalui Undang-undang kawasan ini ‘dilindungi’ daripada pembangunan,” katanya.

Terdahulu, PHM mendakwa permit dikeluarkan Jabatan Perhutanan yang membenarkan kontraktor projek ECRL memasuki hutan simpan negeri itu bercanggah dua usul penjagaan hutan simpan diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Abdul Razak berkata, pemilik projek ECRL, MRL Sdn Bhd mungkin terlepas pandang usul berkenaan, iaitu moratorium 25 tahun tanpa pembalakan diluluskan pada 2010 dan usul mempertahankan hutan simpan negeri yang diluluskan sebulat suara pada November 2020.

Beliau mendakwa, jajaran baharu landasan tren tersebut memasuki jauh ke dalam Hutan Simpan Hulu Gombak (dalam kawasan hutan Taman Warisan Negeri Selangor) dan Hutan Simpan Serendah.

Sebelum itu, MRL dalam satu kenyataan menjelaskan, pembukaan tanah untuk projek ECRL di Selangor tidak membabitkan penyahwartaan hutan simpan, termasuk kawasan di Taman Negeri Selangor.

Jurucakap syarikat itu berkata, pihaknya sudah memperoleh kebenaran daripada Jabatan Perhutanan untuk permit izin lalu untuk memudahkan kerja awal pembinaan ECRL.

Malah katanya, permit itu bertujuan membolehkan kontraktor projek berkenaan memasuki kawasan hutan simpan bagi menjalankan aktiviti berlesen yang berkaitan ECRL. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelajuan Maksimum Tren Penumpang ECRL 160KM/J - MRL

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek ECRL: Penutupan Susur Masuk, Keluar Plaza Tol Gambang

3

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Anthony Loke Turun Padang Lawat Tapak Pembinaan Terowong Genting ECRL

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penembusan Terowong Genting ECRL Dijangka Suku Kedua 2025

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad