web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Komited Tangani Kesesakan Di Jabatan Kecemasan, ‘Perbincangan Dalaman, Pembukaan…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 5:00PM

KKM sedang berusaha menyelesaikan masalah kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital kerajaan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berusaha menyelesaikan masalah kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital kerajaan.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, semasa lawatan pegawai KKM ke Jabatan Kecemasan di sebuah hospital besar yang sibuk minggu lalu mendapati, berlaku kesesakan kerana pesakit yang sepatutnya dimasukkan ke wad masih terperangkap di jabatan kecemasan.

“Setiap Jabatan Kecemasan mempunyai cabaran yang berbeza. Jabatan Kecemasan khusus ini berbeza dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang yang saya lawati sebelum ini.

“Kakitangan barisan hadapan di sini ‘bergelut’ kerana pesakit yang sepatutnya dimasukkan ke hospital terperangkap di Jabatan Kecemasan. Kelewatan ini boleh memberi kesan domino yang buruk,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Menyedari skala masalah, serta keletihan fizikal dan mental dihadapi kakitangan dan pesakit di lapangan, beliau berkata, perbincangan dalaman dan arahan mengenai kakitangan serta pembukaan lebih banyak katil sedang diusahakan.

Katanya, usaha memperkasakan kepimpinan di peringkat lapangan juga perlu dilakukan.

“Banyak isu yang diwarisi dan sistemik, tetapi ada yang boleh ditangani di peringkat tempatan dengan penglibatan yang mencukupi.

“Ramai petugas barisan hadapan bekerja di luar tugas semasa pandemik COVID-19, dan terus melakukannya ketika kita menghadapi tsunami penyakit tidak berjangkit (NCD) pasca pandemik,” katanya.

Justeru, Dr Zaliha memberi jaminan KKM akan terus berusaha untuk mengenal pasti penyelesaian secara dalaman dan menyokong petugas barisan hadapan menerusi perbincangan berterusan dengan Kementerian Kewangan (MoF).

Sebelum ini, media melaporkan HTAR Klang terpaksa menutup Jabatan Kecemasannya daripada menerima kes tidak kritikal kerana mengalami kesesakan dengan pesakit terlalu ramai.

Malah pada Januari lalu, KKM memaklumkan akan memperkenalkan wad jangka pendek bagi hospital yang mempunyai ruang sebagai inisiatif mengatasi masalah kesesakan di Jabatan Kecemasan.

Dr Zaliha berkata, inisiatif itu sudah dilaksanakan di beberapa hospital dan mencadangkan supaya kriteria wad berkenaan ditambah baik bagi mengelakkan pesakit menunggu lama khususnya di zon kuning. - Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad