web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pakej Internet Perpaduan: Syarikat Telekomunikasi Boleh Tawar Harga Lebih Murah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 12:54PM

Kementerian mengalu-alukan syarikat telekomunikasi, untuk menawarkan perkhidmatan internet yang lebih baik dengan harga yang lebih rendah mengikut kesesuaian. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar harga Pakej Internet Perpaduan yang diumumkan kerajaan hanyalah garis asas bagi syarikat telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan berkenaan kepada pelanggan masing-masing.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kementerian sentiasa mengalu-alukan syarikat telekomunikasi, untuk menawarkan perkhidmatan internet yang lebih baik dengan harga yang lebih rendah mengikut kesesuaian.

“Ini adalah pengumuman dasar, sekiranya syarikat-syarikat ingin memberi tawaran yang lebih baik itu terpulang kepada mereka, tapi waktu ini baseline kita ialah RM69 sebulan untuk jalur lebar tetap dan RM5 sebulan untuk prabayar internet mudah alih.

“Saya harap syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan internet jalur lebar, akan meneliti respons rakyat dan memberi pakej-pakej lebih baik,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Residensi Suria Pantai di sini hari ini.

Selasa lepas kerajaan mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dengan harga lebih rendah, bagi membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas.
Perkhidmatan itu disediakan dengan kelajuan 30 Mbps bersama data tanpa had dengan caj hanya RM69 sebulan, serta kontrak langganan selama 24 bulan.

Sebelum ini Fahmi mengumumkan Pelan Data Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih pada harga dua kali ganda lebih murah iaitu RM5 sebulan dan tiga kali lebih pantas, yang berada di pasaran mulai Februari.

Sementara itu Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata pihaknya juga akan menyediakan pangkalan data bagi memberi kemudahan kepada syarikat telekomunikasi untuk membuat rujukan dan menentukan mereka yang layak untuk menikmati kemudahan pakej berkenaan.

Beliau berkata ketika ini, pakej berkenaan yang seiring konsep Malaysia Madani disasarkan bagi membantu golongan B40, namun syarikat telekomunikasi juga boleh memberikan kemudahan itu kepada golongan M40 bawahan jika terdapat keperluan.
“Kita juga melebarkan kemudahan (pakej perpaduan) ini kepada warga emas, OKU dan veteran, jadi mereka juga akan dapat dibantu dan saya harap syarikat telekomunikasi akan teliti suara rakyat, pelanggan dan sesuaikan produk masing-masing untuk lebih membantu rakyat pada waktu ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad