web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


16 Mat Rempit, Pemandu Mabuk Ditahan Dalam Operasi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 3:58PM

Polis menjalankan ujian pengesanan alkohol di Johor Bahru. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Operasi membendung aktiviti mat rempit dan memburu kaki mabuk yang kerap dijalankan pihak polis masih dilihat gagal melumpuhkan kegiatan itu secara total. 

Ia berikutan golongan terbabit dengan aktiviti berkenaan dilihat masih tidak serik dan terus tegar melanggar undang-undang. 

Justeru, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor meletakkan Ops Mabuk serta Ops Samseng Jalanan sebagai fokus utama dan tindakan tegas menanti mereka yang terlibat.

Ketua JSPT Johor, Superintendan M Kumarasan berkata, satu operasi serentak diadakan di seluruh negeri ini awal pagi tadi, menggunakan kaedah sekatan jalan raya (SJR) di lokasi terancang.

Katanya, hasil operasi, pihaknya menahan 16 individu yang terbabit dalam pelbagai kesalahan. 

"Seramai sembilan individu yang berusia antara 18 hingga 60 tahun ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan melebihi had laju dibenarkan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Bagi Ops Samseng Jalanan pula, hasil maklumat dan risikan, kita berjaya menahan tujuh individu berusia antara 17 hingga 19 tahun yang sedang leka melakukan aksi berbahaya dan lagak ngeri di jalan awam,” katanya. 

Kumarasan menegaskan, perbuatan itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah turut berisiko tinggi ke atas orang awam, seperti dinyatakan mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987.

Menurut beliau, polis dalam operasi berkenaan turut menyita 12 kereta dan motosikal pelbagai jenama dan mengeluarkan 56 saman Pol. 257 atas pelbagai kesalahan. 

Pada masa sama, Kumarasan dengan tegas mengingatkan supaya semua pengguna jalan raya mengambil iktibar dan pengajaran terhadap insiden lalu yang tular di media sosial. 

"Kita akan terus memburu mana-mana individu yang masih berdegil dan tidak gerun dengan hukuman yang dikenakan atas kesalahan di bawah APJ 1987 ini.

"Tiada kompromi bagi pesalah mabuk dan mat rempit dalam memastikan kesejahteraan awam," katanya. – Getaran, 30 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad