web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nusantara Punyai Potensi Besar Untuk Pelancongan Indonesia, Malaysia - Sandiaga Uno

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 6:20PM

Sandiaga Uno berkata pemindahan ibu negara dari Jakarta akan memberi manfaat dan meningkatkan ekonomi bukan sahaja buat Indonesia malah juga untuk Malaysia menerusi peningkatan jumlah ketibaan pelancong - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOGJAKARTA - Ibu negara baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan Timur yang berkongsi sempadan dengan Sarawak dan Sabah di Malaysia dijangka dapat membantu meningkatkan lagi aktiviti pelancongan antara kedua-dua negara.

Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno berkata pemindahan ibu negara dari Jakarta akan memberi manfaat dan meningkatkan ekonomi bukan sahaja buat Indonesia malah juga untuk Malaysia menerusi peningkatan jumlah ketibaan pelancong.

“Saya fikir ia situasi sama menang kerana aktiviti pelancongan akan meningkat di bahagian negara itu. Dijangka berlaku aliran pelancong dan berpotensi merancakkan aktiviti ekonomi tempatan.

“Kami (Indonesia) juga percaya bahawa ini akan mewujudkan pengimbangan semula pertumbuhan bukan sahaja di Jawa tetapi juga memberi manfaat kepada Kalimantan dan Indonesia secara keseluruhan.

“Saya amat percaya ini juga akan membawa “kesan domino” dengan limpahan pelancong ke kedua-dua hala,” kata beliau dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di luar Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2023 yang diadakan di sini dari 3 hingga 5 Februari.

Bertemakan “ASEAN: A Journey to Wonderful Destinations”, ATF 2023, acara pelancongan terbesar di rantau ini yang bertujuan untuk membangunkan destinasi utama pelancongan serantau serta antarabangsa selain mengukuhkan kedudukan ASEAN sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan.

Pada Januari tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan rasmi ke republik itu juga menyatakan bahawa pembangunan ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan akan memberi manfaat kepada ekonomi serantau di negeri-negeri Malaysia timur.

Menyentuh mengenai ATF 2023, Sandiaga berkata sekarang adalah penting buat semua negara anggota ASEAN bekerjasama secara kolektif untuk meningkatkan sektor pelancongan serantau terutamanya dalam pemulihan pantas daripada pandemik.

Memetik ucapan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing di forum itu, Sandiaga berkata kerjasama antara negara anggota akan membantu memulihkan pelancongan serantau secara bersama.

“...memandangkan sekarang kita berada dalam fasa pascapandemik dan kita juga adalah jiran dan bersaudara, mengapa kita tidak melihat cara untuk bekerjasama dengan semangat ASEAN itu? Saya menyokong sepenuhnya apa yang beliau (Tiong) katakan,” tambahnya.

Bernama melaporkan Tiong berkata semua negara ASEAN mesti menggunakan platform ATF dalam memulihkan sektor pelancongan dan tidak ada gunanya bersaing antara satu sama lain.

Jogjakarta sebelum ini pernah menganjurkan ATF pada 2002. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad