web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Bekalan Air Tanjung Manis Dijangka Beroperasi Suku Ketiga Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 5:25PM

Lembaga Air Sibu (SWB) sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan fasiliti sedia ada termasuk saluran paip, stesen penggalak dan loji rawatan air serta pengujian sebelum ia ditauliahkan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Projek Bekalan Air Tanjung Manis dijangka beroperasi pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi.

Menurut beliau, Lembaga Air Sibu (SWB) sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan fasiliti sedia ada termasuk saluran paip, stesen penggalak dan loji rawatan air serta pengujian sebelum ia ditauliahkan.

“Kita perlu memeriksa dengan teliti sistem yang ada supaya berkeadaan baik dan sempurna sebelum ia sedia untuk beroperasi kelak,” katanya semasa melawat tapak kolam pengambilan air mentah di kawasan Sungai Sadit dekat sini, hari ini.

Projek itu akan menghasilkan dan membekalkan air mentah dan terawat ke Tanjung Manis dan kawasan sekitarnya di Belawai, Jerijeh, Rejang, Pulau Bruit, dan Serdeng.

Sebelum ini, projek bekalan air itu belum ditauliah berikutan masalah pengambilan air mentah.

Isu itu telah diselesaikan dengan siapnya tapak pengambilan langsung air sungai berkapasiti 20 juta liter sehari (MLD) di Sungai Sadit pada Ogos 2022.

Tapak itu mempunyai kolam sebesar 75 meter x 50 meter x 3 meter yang telah dibina dengan kos sebanyak RM16.8 juta dan telah dianugerahkan kepada Hock Seng Lee Bhd melalui tender terbuka dan mula dibina pada 1 Julai 2020.

Pada masa ini, permintaan air terawat di Tanjung Manis dan kawasan sekitarnya ialah kira-kira 8.4 MLD dan dibekalkan dari Loji Rawatan Air Bayong Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

Dengan beroperasinya Projek Bekalan Air Tanjung Manis, kawasan Tanjung Manis dan sekitarnya akan mempunyai dua sumber bekalan air terawat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Kerajaan Pantau Paras Empangan, Pastikan Bekalan Air Cukup

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Bekalan Air Di Pangkor Pulih Sepenuhnya, Sedia Terima Pelancong - MB

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemulihan Bekalan Air Tahap Kedua Bermula Jam 6 Pagi - PBAPP

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad