web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Kurangkan Elaun Pembangunan Ahli Parlimen - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 4:12PM

Anwar Ibrahim berkata pengurangan elaun itu bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanakan secara berperingkat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat pengurangan elaun pembangunan Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Anwar berkata pengurangan elaun itu bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Elaun tersebut merupakan peruntukan pembangunan Ahli Parlimen, selaras dengan Pejabat Daerah dan Tanah serta Pegawai Pembangunan Negeri disebabkan kekangan ekonomi.

“Biarlah dibuat secara berperingkat... dana untuk Ahli Parlimen yang terlibat...ini memberikan contoh awal...maknanya kalau Ahli Parlimen sanggup kurangkan (elaun) walaupun ia bukan sumbangan peribadi, tetapi ia sumbangan pembangunan yang diselaraskan Ahli Parlimen dan Pejabat Daerah dan Tanah,” katanya kepada pemberita di Kampung Baru Sirusa di sini hari ini.

Bagaimanapun kerajaan akan mempertimbangkan bagi menyalurkan peruntukan tambahan sekiranya terdapat keperluan mendesak di kawasan Parlimen, seperti membaik pulih infrastruktur di kawasan terlibat.

Media sebelum ini melaporkan bahawa peruntukan kawasan untuk Ahli Parlimen penyokong kerajaan tahun ini telah dikurangkan lebih 65 peratus iaitu daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta. Jumlah itu terdiri daripada geran langsung RM1 juta dan RM300,000 lagi untuk operasi pusat khidmat mereka.

Terdahulu Perdana Menteri meluangkan masa menyantuni rakyat di Negeri Sembilan dan menjamu selera rojak dan nasi goreng cina di Warung Pak Salleh di sini.

Turut mengiringi beliau Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Saya kenal masyarakat di Port Dickson, pegawai kerajaan negeri dan pimpinan politik. Tentera dan polis di sini memberikan kerjasama baik.

“Saya patut datang sesekali di sini...gembira dapat berjumpa kawan-kawan lama, saya pernah ke warung ini dulu...menu rojak pasembur sedap,” kata bekas Ahli Parlimen Port Dickson itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 17 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 21 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan