web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Sesi Persekolahan Mula 8 Pagi, Netizen Berbeza Pendapat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 8:43PM

Majoriti netizen beranggapan, adalah lebih wajar waktu persekolahan dikekalkan mengikut sesi sedia ada kerana tumpuan seharusnya diberikan kepada menambah baik silibus pembelajaran - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan agar sesi persekolahan bermula pada jam 8 pagi berbanding jam 7.30 pagi ketika ini menghasilkan reaksi berbeza dalam kalangan pengguna media sosial. 

Majoriti netizen beranggapan, adalah lebih wajar waktu persekolahan dikekalkan mengikut sesi sedia ada kerana tumpuan seharusnya diberikan kepada menambah baik silibus pembelajaran.

Bagi pengguna, Farah Ashikin, cadangan kerajaan itu ada baiknya kerana sebahagian besar waktu pekerjaan ibu bapa bermula pada jam 9 pagi.

Perubahan tersebut jika dilaksanakan katanya, membolehkan ibu bapa meninggalkan rumah lebih lewat bertanding ketika ini iaitu pada jam 6.50 pagi. 

“Guna jalan yang sama jadi teruslah pergi kerja (kalau waktu persekolahan diubah),” katanya. 

Seorang lagi pengguna media sosial, Abdul Shukur Ismail pula berpandangan, cadangan tersebut dilihat tidak sesuai dilaksanakan kerana terdapat sekolah yang masih beroperasi dengan dua sesi. 

“Kalau masuk jam 8 pagi, sesi petang nak mula jam berapa dan habis jam berapa? Mahunya sesi petang balik jam 6.30 petang.  

“Baik selesaikan masalah sekolah yang sesak dengan murid dan jadikan waktu persekolahan hanya satu sesi di seluruh negara,” katanya. 

Sementara itu, Rossanita Othman pula berkata, sesi persekolahan bermula jam 8 pagi tidak wajar dilaksanakan kerana adalah lebih baik tumpuan diberikan kepada aspek lebih penting.

“Kaji silibus itu dahulu lebih baik,” tambahnya.  

Nada sama ditegaskan oleh Noordineyatulzawi Baharuddin yang berkata, pihak berwajib seharusnya lebih memikirkan tentang silibus pelajar berbanding menukar perkara yang tidak pernah menjadi masalah selama ini. 

“Baik fikir tentang silibus pelajaran daripada tukar benda yang tak pernah jadi masalah pun. Selama ni nak datang sekolah sebelum jam 8 pagi (tak pernah jadi masalah),” katanya. 

Sebelum ini, Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian dan Kesejahteraan, Pendidkan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Anuar Ahmad dilaporkan dipetik sebagai berkata, Kementerian Pendidikan perlu memulakan sesi persekolahan di Semenanjung bermula jam 8 pagi.

Beliau berkata, cadangan itu selaras dengan konsep Malaysia Madani dan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’. 

Katanya, kerajaan sepatutnya ada rasa belas kasihan dan empati pada guru, ibu bapa dan pelajar yang terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi. - Getaran, 31 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad