web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mengapa Pelantikan Nurul Izzah Dirahsiakan? Wan Saiful Tuntut Penjelasan Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 6:47PM

Wan Saiful Wan Jan dan Nurul Izzah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak segera menjelaskan mengapa pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada beliau dirahsiakan.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pelantikan itu sudah berkuatkuasa sejak 3 Januari, tetapi ia hanya diketahui beberapa hari lalu menerusi pendedahan Nurul Izzah sendiri.

“Kalau tidak kerana Nurul Izzah terlepas cakap, satu Malaysia termasuklah penyokong Pakatan Harapan (PH) tidak tahu mengenai pembohongan Anwar, yang kononnya menentang kronisme, tetapi secara rahsia melantik anaknya sendiri sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

“Padahal, Malaysia ini negara yang kaya dengan kepelbagaian dan melahirkan ramai pakar ekonomi dan kewangan tersohor tanah air. Kita ada anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Kadazan, anak Iban dan pelbagai lagi,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, apa jua alasan Anwar sudah tidak relevan kerana hakikatnya beliau mengamalkan nepotisme.

“Rakyat bukan mempersoalkan pro bono atau berbayar. Tetapi rakyat mempertikaikan kenapa lantik anak sendiri? Mereka pun tahu kuasa ‘anak Perdana Menteri’ apabila dilantik sebagai Penasihat rasmi adalah kuasa yang besar.

“Rakyat mempersoalkan kuasa dan kedudukan yang diberi. Sama ada bergaji atau tidak adalah tidak relevan,” katanya.

Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor turut mempersoalkan jumlah sebenar lantikan yang telah dibuat secara rahsia oleh kerajaan PH.

“Saya menuntut Anwar segera nyatakan berapa ramai lantikan rahsia yang telah dibuat dan siapa lagi yang telah dilantik secara senyap-senyap.

“Selain itu, Anwar mesti jelaskan apa bidang kuasa yang diberi kepada Nurul Izzah,” katanya.

Dalam temu bual dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini, Nurul Izzah mendedahkan beliau dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada bapanya, berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Dengan pengalaman sebagai Ahli Parlimen, pernah mengendalikan isu kemiskinan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain perkhidmatan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), beliau berharap ia akan membantunya menjalankan tugas baharu itu dengan baik.

Pelantikan tersebut bagaimanapun tidak dipersetujui ramai pihak kerana didakwa sebagai amalan nepotisme yang tidak seharusnya berlaku dalam kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun Anwar mempertahankan tindakannya itu dengan menegaskan, Nurul Izzah tidak akan menerima sebarang elaun atas khidmatnya selepas beliau sendiri mempelawa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. – Getaran, 31 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi