web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ADUN Melor Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 7:58AM

Allahyarham Dr. Md Yusnan Yusof. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr Md Yusnan Yusof meninggal dunia di kediamannya di Ketereh, di sini, awal pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.28 pagi dan meninggalkan seorang isteri serta enam orang anak.

Anaknya, Mohd Auzaie Mohd Yusnan menerusi laman Facebook memaklumkan, bapanya telah pergi menghadap Ilahi pada jam 2.28 pagi.

"Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan bahawa Baba,  Dr Yusnan Albadar telah pergi menghadap Ilahi. Mohon doakan arwah ditempatkan di kalangan para solihin.

"Insya-Allah solat jenazah akan diadakan pada jam 2 petang bertempat di Masjid Ketereh. Mohon kepada semua untuk patuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Allahyarham dari PAS menang dengan mendapat 7,820 undian, menewaskan Azmi Ishak daripada Barisan Nasional (BN) yang mendapat 7,173 undi.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mewakili saf kepimpinan kerajaan negeri dan PAS Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Md Yusnan.

Katanya, sebelum dilantik sebagai ADUN Melor bermula 2013,  Allahyarham adalah bekas pembantu Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Selepas dilantik sebagai Timbalan EXCO pada 2013,  beliau berusaha menggerakkan secara aktif Jawatankuasa Pengkajian Enakmen Negeri Kelantan dengan memfokuskan kepada usaha menyemak Enakmen sedia ada dan mencadangkan beberapa Rang Undang-undang (RUU) untuk dibawa ke Dewan Undangan Negeri Kelantan.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama orang yang beriman,” katanya menerusi kenyataan media. - Getaran, 30 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad