web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Belum Terlambat Perbaiki Keadaan, Anwar Perlu Letak Jawatan Menteri Kewangan - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 9:04PM

Muhyiddin berkata, Anwar harus memberi fokus kepada tugasnya sebagai Perdana Menteri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa melepaskan portfolio sebagai Menteri Kewangan dan menumpukan kepada tugas sebagai pemimpin nombor satu negara.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Anwar harus memberi fokus kepada tugasnya sebagai Perdana Menteri lebih-lebih lagi ketika rakyat dan negara sedang berdepan waktu yang amat sukar.

“Lagipun skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tercetus apabila Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak, turut menyandang jawatan Menteri Kewangan.

“Anwar tidak patut mengulangi kesilapan yang sama,” katanya hari ini.

Menurut mantan Perdana Menteri itu, Anwar seharusnya mengarahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya bercuti sehingga kesnya di mahkamah selesai diadili.

“Malulah rakyat Malaysia jika beliau ke luar negara bertemu pemimpin dunia atas tugasan rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri, sedangkan kesnya masih dibicarakan di mahkamah.

“Apa agaknya tajuk berita di negara yang dilawatinya (nanti),” katanya sinis.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut meminta Perdana Menteri menasihati Nurul Izzah supaya melepaskan jawatan sebagai Penasihat Perdana Menteri.

“Saya percaya beliau seorang pemimpin (dan) wanita muda yang berbakat serta berpotensi besar.

“Janganlah pelantikan kecil yang tidak kena pada tempatnya ini menjadi titik hitam dalam perjalanan politiknya, sedangkan masa hadapan yang mungkin dilakar lebih cerah,” katanya.

Anwar sebelum ini memberitahu, pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dibuat berdasarkan kelayakan dimiliki.

Anwar berkata, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memiliki kelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan, selain turut bergelar graduan sarjana dalam jurusan Dasar Awam dan Sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat.

Kelulusan dimiliki jelas beliau, melayakkan Nurul Izzah dilantik bagi membantunya di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan. - Getaran, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek