web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuntutan ‘Waris’ Sulu: Kerajaan Terus Komited Lindungi, Pelihara Kedaulatan Negara 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 1:58PM

Datuk Seri Azalina Othman Said - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan berhenti melindungi dan memelihara kepentingan serta kedaulatan negara, termasuk mengambil segala tindakan sewajarnya bagi menamatkan tuntutan rekaan, khususnya oleh waris Kesultanan Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mahkamah di Luxembourg sebelum ini telah menerima cabaran Malaysia berdasarkan fakta bahawa pihak yang menuntut telah secara sukarela tidak mendedahkan alamat mereka yang sebenar.

Jelasnya, mahkamah tersebut menganggap ‘peninggalan’ itu adalah penting dan mendapati, kelakuan pihak yang menuntut menghalang penyampaian dokumen dan penguatkuasaan penghakiman yang berpotensi untuk mengenakan tindakan terhadap mereka. 

Jelas Azalina, menurut mahkamah, tingkah laku pihak yang menuntut membentuk ‘kesulitan yang jelas terlarang’ (manifestly illicit hardship) yang memudaratkan kepada Malaysia.

“Tingkah laku ini adalah tipikal bagi cara menipu yang mana pihak menuntut telah secara konsisten menjalankan tuntutan mereka terhadap Malaysia. Tidak mengejutkan bahawa kes pihak menuntut gagal pada peringkat pertama.

“Kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan dan kedaulatan negara pada setiap masa, dan akan terus bersungguh-sungguh mengambil semua tindakan yang perlu untuk menamatkan rekaan oleh pihak yang menuntut,” katanya menerusi kenyataan.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa mahkamah di Luxembourg telah mengetepikan perintah penahanan dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai ‘waris’ kumpulan Sulu pada 24 Januari lalu.

Perintah penahanan pada 11 Julai 2022 yang diketepikan itu dimohon berasaskan dua award timbang tara, dikatakan dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Dr Gondoza Stampa.

Beliau dikatakan telah memberikan award kepada penuntut sebanyak AS$14.92 bilion (RM63.34 bilion).

Azalina dalam kenyataan ketika itu memberitahu, Malaysia telah membantah secara konsisten prosiding timbang tara itu yang telah dirancang oleh penuntut. 

Malaysia juga katanya, telah mengambil segala tindakan perundangan yang ada untuk membatalkan pelantikan Dr Stampa dan award yang dikatakan tersebut.

Beliau berkata, hasil tindakan Malaysia, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan beliau di Madrid.

Mahkamah Perancis juga telah menggantung penguatkuasaan ‘final award’ yang dikatakan dikeluarkan oleh Dr Stampa di Perancis sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan Malaysia untuk mengetepikan ‘final award’ tersebut.

“Malaysia kemudian dengan serta-merta membuat permohonan kepada Mahkamah Luxembourg untuk mendapatkan relif interim supaya perintah penahanan tersebut diketepikan.

“Pendengaran bagi permohonan tersebut telah berlangsung pada 5 Disember 2022 di hadapan hakim Mahkamah Luxembourg yang kemudiannya telah mengetepikan perintah penahanan tersebut,” katanya.

Azalina menambah, keputusan Mahkamah Luxembourg tersebut menjustifikasikan prinsip kerajaan untuk mempertahankan Malaysia di mana-mana forum bagi memastikan kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan negara sentiasa dilindungi dan terpelihara.

“Dalam hal ini, kerajaan akan terus berusaha untuk menamatkan segala tuntutan terhadap Malaysia,” katanya. - Getaran, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendaftaran, Tuntutan Kredit eMADANI RM100 Bermula Isnin Ini - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

Himpunan Kemuka 3 Tuntutan, Bantah Keputusan Lepas Tanpa Bebas Ahmad Zahid

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemenangan Kes Sulu Kejayaan Bermakna Buat Malaysia - Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tuntutan Sulu: Tiada Mekanisme Pengawasan Sebabkan Proses Timbang Tara Disalah Guna - Azalina

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran