web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penipuan Sambal Nyet Terbongkar, Peniaga Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 8:47PM

Perbezaan antara Sambal Nyet Berapi tiruan dan asli. - Gambar dari Twitter Khairulaming

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setelah penipuannya terbongkar, wanita yang menjual ‘Sambal Nyet Berapi’ tiruan tampil memohon maaf kepada pengasas produk tersebut - selebriti masakan media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman.

Wanita dikenali sebagai Mastura Aliyah itu membuat pengakuan berkenaan dalam satu video berdurasi seminit yang dimuat naik oleh Khairul Amin, atau Khairulaming, dalam satu bebenang di Twitter hari ini.

“Sayalah orang yang bertanggungjawab terhadap Sambal Nyet yang bukan asli. Baru-baru ini terdapat banyak kes sambal basi dan sudah tentulah ia bukan dibuat oleh Khairulaming, tetapi saya.

“Oleh itu saya ingin membuat permohonan maaf kepada pemilik Sambal Nyet iaitu Khairulaming dan pembeli sambal tiruan yang terpedaya serta mereka yang salah faham terhadap Sambal Nyet sebenar,” katanya dalam bebenang itu.

Mastura juga memberitahu, kejadian berkenaan disifatkan sebagai pengajaran termahal yang tidak akan diulang lagi.

Sementara itu Khairulaming berkata, beliau turut meminta pampasan tunai kepada Mastura namun duit itu tidak akan digunakan untuk membayar semula kepada pelanggan yang tertipu.

“Proses bayaran balik ini tak mudah dan saya nak pembeli untuk turut mengambil tanggungjawab. Oleh itu 100 peratus duit ini akan saya sedekahkan kepada golongan asnaf yang memerlukan di bulan puasa ini. Saya tidak akan ambil satu sen pun,” katanya.

Tambah Khairulaming, Mastura, yang telah menjual lebih 700 balang Sambal Nyet palsu, juga turut membuat pengakuan bersalah secara bertulis di Balai Polis Damansara.

“Kedai dia pun sudah diharamkan oleh Shopee walaupun semalam nama kedai sudah ditukar dari MasturaAliyah ke DK Perfume Shop.

“Saya berharap ini akan jadi satu pengajaran buat mereka yang cuba nak ulangi perkara ini lagi. Terima kasih kepada semua yang berkongsi isu ini, diharapkan kita semua tidak akan mengambil mudah perkara macam ini,” katanya. - Getaran, 29 April 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Rumah Terbuka Shopee Perkenal Inisiatif Baharu Untuk Pertumbuhan Jenama Dan ‘Affiliate’

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Almari Kapsul Beri Peluang Muslimah Dapatkan Koleksi Fesyen Bawah RM40

3

Semasa 2 tahun yang lalu

268 Topi Keledar Tiruan Jenama ARAI Disita

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Agong Sambut Presiden Singapura, Beri Sambutan Negara Di Istana

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Kembali Terajui Johor, Angkat Sumpah Depan TMJ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Kes Syed Saddiq: Pengeluaran RM1 Juta Tak Boleh Disamakan Dengan Pecah Amanah - Mahkamah Persekutuan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bersama Hanya Pemecah Undi, Beri Kelebihan Kepada BN - Tony Pua

oleh Sophia Ahmad