Berita Terkini

3 jam yang lalu: 55 sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi kemudahan gentian optik 'Point of Presence' (PoP) 3 jam yang lalu: Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terima penerbangan pertama dari China 3 jam yang lalu: Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang berkaitan kesalahan menghendap 3 jam yang lalu: TPM Ahmad Zahid sahkan Sulaiman Md Ali meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka 3 jam yang lalu: Ahmad Zahid akan menghadap TYT Negeri Melaka untuk persembah nama calon Ketua Menteri baharu

IKUTI KAMI


Nurul Izzah Layak Dilantik Penasihat Ekonomi, Kewangan - PM Anwar

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 7:04AM

Nurul Izzah mengesahkan pelantikannya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dan memulakan khidmatnya berkuat kuasa 3 Januari lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat berdasarkan kelayakannya.

Anwar berkata ini kerana anaknya itu mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat, sekali gus dilantik bagi membantunya di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Bagaimanapun, beliau berkata  Nurul Izzah tidak menerima sebarang elaun atas pelantikannya itu.

“Saya pun tiada kelulusan berkaitan kewangan tetapi saya pernah jadi Menteri Kewangan selama lapan tahun. Menteri-menteri dalam Perikatan Nasional (PN) pun tiada kelulusan masing-masing, tetapi bila giliran kita, mereka bangkitkan.

“Jadi, apakah benar seorang Menteri Kesihatan mesti seorang doktor? Dan seorang menteri air mesti jurutera? Untuk Nurul Izzah, dia ada ijazah kejuruteraan dan ijazah bidang dasar awam. Memang saya minta, pelawa dia untuk bantu saya sebagai penasihat di JPM dan MOF,” katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata demikian selepas merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Tambun di sini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Mohamad Arafat Varisai Mahamad.

Terdahulu, Nurul Izzah mengesahkan pelantikannya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dan memulakan khidmatnya berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Sementara itu, Anwar dalam ucapan perasmiannya berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diarah mengambil tindakan kepada pihak yang terbabit dalam amalan rasuah tanpa mengambil kira parti dan jawatan pihak berkenaan, termasuk pihak yang bertugas di Pejabat Perdana Menteri.

"Kaya bagaimana pun negara ini, tidak mungkin kita angkat darjat dan martabat negara ini serta bela nasib rakyat sebab itu saya kata yang pertama sekali adalah betulkan tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang.

"Mula daripada atas, daripada Perdana Menteri sampai Menteri, Menteri Besar, kerajaan negeri dan wakil rakyat hentikan amalan dan budaya rasuah ini," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

RUU Perbekalan 2023 Dibentangkan Untuk Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

2

Semasa 10 jam yang lalu

PM Umum 4 Inisiatif Tambahan Belanjawan 2023

3

Semasa 13 jam yang lalu

Lawatan Anwar Ke China Untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala - Zambry

4

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan Dalam Siasatan SPRM Terhadap Mohd Nazlan

Sorotan

1

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Kerajaan Tegas Soal Pemberian Kontrak, Projek Selaras Prinsip Tata Kelola Baik - Anwar

Semasa 2 jam yang lalu

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi: Wisma Putra Tampil Buat Penjelasan

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan Dalam Siasatan SPRM Terhadap Mohd Nazlan