web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga Gopal Sri Ram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 2:58PM

Gopal Sri Ram, 79, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram atas pemergian mendiang hari ini.

Beliau turut berharap keluarga mendiang kuat dan cekal berdepan perkara itu, selain dipermudahkan urusan.

“Takziah kepada keluarga mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram atas pemergian mendiang.

“Semoga urusan keluarga dipermudah dan keluarga kuat serta cekal berdepan khabar duka ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Getaran melaporkan, Gopal Sri Ram, 79, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru.

Difahamkan, mendiang meninggal dunia ketika masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini.

Terdahulu, beliau yang juga Timbalan Pendakwa Raya Kanan untuk kes projek solar hibrid melibatkan isteri mantan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak dua minggu lalu.

Beliau juga ialah Timbalan Pendakwa Raya Kanan bagi kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Getaran, 29 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek