web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Peniaga Dikenakan Kompaun RM50,000 Ditawar Pengurangan - Polis

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 2:14PM

Shafien Mamat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Pemilik gerai burger, kedai runcit dan gerai colek yang sebelum ini tular kerana menerima kompaun sebanyak RM50,000 masing-masing, boleh menarik nafas lega apabila nilai kompaun itu dipertimbangkan untuk dikurangkan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan di antara pihaknya bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), semalam.

Beliau berkata hasil daripada perbincangan tersebut, polis Kelantan akan mengambil tindakan mengikut garis panduan penetapan nilai tawaran kompaun yang ditetapkan  di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Katanya JKNK di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) pula mempunyai bidang kuasa untuk menawarkan kadar pengurangan kompaun sebagaimana garis panduan tersebut.

“Merujuk kepada kompaun 26 April 2021, kes tular di media sosial iaitu pemilik gerai burger, kedai runcit dan gerai colek, KKM di Kelantan memaklumkan kesemua pemilik premis ini akan dipertimbangkan kadar kompaun sepertimana dalam garis panduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya untuk kes-kes lain yang dikenakan kompaun bagi individu dan premis sebelum ini, mereka dinasihatkan supaya membuat rayuan kepada JKNK untuk mendapatkan kadar pengurangan kompaun mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Shafien turut mengingatkan semua masyarakat di Kelantan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara untuk bersama-sama menghentikan rantaian penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, peniaga gerai colek dari Kampung Chekok Tengah yang tular, Mohd Azizi Mohd Nor, 42, ketika dihubungi berkata dia hanya mampu membayar RM1,000.

“Setakat ini, apa yang bermain di fikiran saya hanyalah ‘masuk jel’ walaupun kesalahan saya bukannya kategori jenayah,” katanya yang belum kembali berniaga selepas isu kompaun itu tular beberapa hari lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad