web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langgar Kontrak Perniagaan, Sajat Diperintah Bayar Ganti Rugi RM200,000

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 2:05PM

Sajat (kanan) gagal dalam percubaan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam. - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman gagal dalam percubaan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kerana melanggar kontrak perniagaan.

Beliau yang turut dikenali sebagai Sajat sebaliknya turut diarahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk membayar kos guaman sebanyak RM5,000 kepada usahawan Nurwati Hussin selaku pengasas OWA Resources.

OWA Resources sebelum ini memfailkan saman terhadap Nur Sajat Aesthetic atas kegagalan syarikat tersebut untuk membekalkan bengkung dan girdle yang dipesan stokis di antara bulan Februari dan April 2018.

“Nama saya dan syarikat kini telah dibersihkan dan saya hargai bantuan diberikan semua pihak yang berkenaan sepanjang proses membuktikan kebenaran,” kata Nurwati.

Beliau turut melahirkan kesyukuran kerana berjaya mendapatkan semula modal bagi stok yang gagal dibekalkan.

Selain Sajat, kes ini turut membabitkan dua lagi defendan iaitu, Nur Sajat Aesthetic dan Ashaari Maznan.

Sebelum kes dibawa ke Mahkamah Tinggi pada Januari tahun 2020, plaintif Nurwati terlebih dahulu memenangi kes pelanggaran kontrak tersebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam, setelah ketiga-tiga defendan didapati telah melanggar kontrak perniagaan.

Namun, plaintif terpaksa memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam berkaitan ganti rugi dan kos yang tidak diberikan oleh Mahkamah Sesyen.

Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi bersetuju bahawa terdapat bukti yang mencukupi untuk menambah pembayaran, menjadikan jumlah ganti rugi dan kos yang perlu dibayar kepada OWA Resources hampir RM200, 000.

Semasa kes saman itu berlangsung, Nurwati turut ditahan polis untuk disoal siasat setelah Sajat membuat laporan palsu, mendakwa kononya Nurwati telah menyelewengkan wang syarikat dan melakukan pecah amanah sebanyak RM1 juta.

Sajat turut memfailkan saman balas terhadap Nurwati namun ditolak oleh Mahkamah Sesyen setelah mendapati ia adalah fitnah dan ancaman undang-undang yang tidak berasas.

“Keputusan hari ini telah memulih dan mengukuhkan imej, reputasi dan jenama perniagaan OWA Resources yang dilanda krisis undang-undang, ekonomi dan persepsi negative.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa anak guam bukannya penjenayah seperti yang telah digambarkan oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini dan kemenangan kes ini merupakan testimoni yang mahkamah bersetuju dengan semua bukti yang telah dibentangkan,” kata peguam utama plaintif, Nurul Hafidzah Hassan dari tetuan NHA Advocates & Solicitors.

Nurwati adalah bekas stokis utama Sajat sebelum ini. - Getaran, 29 April 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lembaga Pengarah SRC Dilantik Untuk Laksana Kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Anak Gajah Mati Dilanggar Di JRTB

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Bawak Kereta Jangan Leka, Kan Dah Kena...

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar