web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UAS Bernikah Lagi, Pilih Gadis 19 Tahun

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 1:38PM

Ustaz Abdul Somad bersama isteri dan keluarga terdekat. - Gambar dari Instagram

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad, 43, yang turut dikenali dengan jolokan UAS, selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis berusia 19 tahun, dari Jombang, Jawa Timur, kelmarin.

Isterinya dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud.

Perkara tersebut diumumkan UAS sendiri menerusi satu hantaran Instagram, yang disertakan sekali dengan gambar kedua pasangan tersebut bersama ahli keluarga terdekat mereka di pelamin pengantin.

Hantaran UAS, yang juga seorang pensyarah di Universiti Islam Sultan Syarif Kasim II di Riau, itu turut diikuti dengan satu petikan hadis dari Abu Hurairah berkenaan dengan hal-hal perkahwinan.

“Dari Abu Hurairah ra, ketika Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wa sallam- memberikan ucapan selamat kepada seseorang yang menikahi, beliau mengucapkan: ‘Semoga Allah memberikan berkat kepadamu, semoga Allah memberkati kamu dan Allah satukan kalian berdua dalam kebaikan,’ (HR. Abu Daud),” tulis UAS.

Nama UAS dua tahun lalu hangat seketika apabila perkahwinannya bersama Mellya Juniarti, 29, yang dibina sejak 2008 musnah, dikatakan angkara orang ketiga pada 3 Disember tahun lalu.

Pasangan berkenaan dikurniakan seorang anak lelaki, Mizyan Hadziq Abdillah.

Selain Mellya, UAS juga dikatakan pernah menikahi selebriti media sosial berasal dari Korea, Ayana Jihye Moon, namun kebenaran perkara itu tidak dapat dipastikan. - Getaran, 29 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukan Hassan Yang Muat Naik Video Saifuddin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Isu, Pernikahan Sabri Yunus - Ardini Sah Mengikut Syarak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Adik Beradik Antara 155 Pasangan Nikah Pada Hari Malaysia

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan, Mesej Disampaikan Pengurus

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar