web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adik Beradik Antara 155 Pasangan Nikah Pada Hari Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 2:51PM

Pasangan adik beradik yang berkongsi tarikh nikah sempena majlis Walimatulurus Perdana 2023 Peringkat Negeri Johor, anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Berkongsi tarikh nikah bersama kakak kandung pada Hari Malaysia hari ini, menjadi kenangan paling manis buat pengantin baharu, Nurulainun Osman, yang bernikah dengan pasangannya, Suhaimi Badrom di Pusat Konvensyen Danga Bay, di sini.

Mereka antara 155 pasangan dari seluruh negeri Johor, yang terpilih untuk diraikan dalam majlis Walimatulurus Perdana 2023 Peringkat Negeri Johor, anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada hari ini.

Nurulainun, 28, yang bekerja di kilang berkata beliau tidak menyangka akan terpilih, kerana yakin ramai yang membuat permohonan sepertinya.

“Saya dapat tahu tentang program ini daripada Tik Tok. Pada awalnya, saya ingatkan tak dapat sebab rasa macam sudah penuh, tapi Alhamdulillah dapat dan kakak saya juga dapat.

“Syukur, gembira dan rasa bertuah kerana dapat meraikan hari bahagia bukan sahaja bersama kakak, malah diraikan satu Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Senada dengan Nurulainun, kakaknya Nurulummi Osman, 37, berkata program seumpama itu amat membantu pasangan muda yang baru bekerja dan mencari rezeki, untuk berumah tangga.

“Dengan adanya program atau majlis seumpama ini, kosnya agak kuranglah dan nilainya tidak berapa tinggi, memang mudahlah semua urusan. Alhamdulillah, sangat membantu kami, daripada segi penginapan, majlis makan semua ditanggung sepenuhnya.

“Lebih indah tarikh ini dikongsi bersama dengan adik, bolehlah sambut ulang tahun bersama dengannya nanti, lebih meriah ramai-ramai bersama keluarga besar dan paling istimewa ini juga tarikh Hari Malaysia, jadi umpama dirai satu Malaysia,” katanya yang akan mengadakan doa kesyukuran di rumah keluarganya di Kampung Pasir, di sini, esok.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata program pernikahan beramai-ramai itu, adalah acara tahunan anjuran kerajaan negeri menerusi JAINJ bagi meraikan pasangan pengantin baharu di negeri itu.

Beliau berkata sebanyak RM500,000 diperuntukkan pada tahun ini, sekali gus membantu mengurangkan kos majlis pernikahan pasangan pengantin yang berkelayakan.

Turut hadir, Pengarah JAINJ Jamaludin A Hamid dan Timbalan Mufti Negeri Johor, Datuk Ahmad Faisal Mohamed.

Kesemua pasangan pengantin yang diraikan hari ini, berusia 17 hingga 42 tahun, dinikahkan kira-kira 50 jurunikah diketuai oleh Kadi Besar Negeri Johor, Halid Sono bermula jam 10.40 pagi tadi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukan Hassan Yang Muat Naik Video Saifuddin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Isu, Pernikahan Sabri Yunus - Ardini Sah Mengikut Syarak

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan, Mesej Disampaikan Pengurus

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Shuib Kini Milik Watie, Selamat Diijabkabulkan Dengan Hanya Sekali Lafaz

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad